Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

’THE BM SHOW’

Pensyarah ITE juga penggiat alam sekitar, tanam lebih 50 pokok serata negara

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SEJAK di sekolah menengah lagi, Encik Syaiful Hakim Muslim, sudah aktif dalam kegiatan menanam pokok.



Mungkin sudah lebih 50 pokok yang ditanamnya serata negara sehingga ke hari ini.



Bagi Encik Syaiful, 35 tahun, pokok-pokok memainkan peranan amat penting sekali dalam biodiversiti alam sekitar.



"Pokok-pokok ini menyumbang kepada biodiversiti kita. Bila ada pokok, haiwan seperti burung akan datang dan burung akan makan buah-buahan yang dihasilkannya.



"Dari situ, ia akan menyumbang kepada seluruh biodiversiti alam sekitar. Jadi, mulalah minat (saya) mahu membantu melestarikan alam sekitar ini, lebih-lebih lagi sekarang sedang kita berjuang terhadap perubahan iklim," kata beliau.



Baru-baru ini, Encik Syaiful, seorang pensyarah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur, mengambil bahagian dalam satu kegiatan menanam pokok di Taman Labrador di bawah gerakan OneMillionTrees.



The BM Show telah bertemu dengan Encik Syaiful dan juga Pengarah Kanan bagi Projek Masyarakat di Lembaga Taman Negara (NParks), Dr Adrian Loo, yang berkongsi tentang gerakan itu dan kepentingan usaha menanam pokok di negara ini.



Gerakan OneMillionTrees, yang dilancarkan pada April tahun lalu, bertujuan mengembalikan alam semula jadi ke dalam bandar Singapura menerusi usaha menanam lebih sejuta pokok sepanjang 10 tahun mendatang.



Acara di Taman Labrador pada 7 November lalu itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Hari Menanam Pokok di Singapura.



Kegiatan sedemikian yang bermula pada 16 Jun 1963 apabila perdana menteri pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, menanam pokok mempat di Farrer Circus, sekali gus memulakan kempen menanam pokok.



Hari Menanam Pokok yang pertama secara rasmi diadakan pada 7 November 1971 apabila pemangku perdana menteri ketika itu, mendiang Dr Goh Keng Swee, menanam pokok hujan-hujan di Mount Faber.



Dr Loo berkata sekitar 15,000 orang telah mengambil bahagian dalam gerakan OneMillion Trees untuk menanam lebih 270,000 pokok sejauh ini.



Beliau menambah bahawa kebanyakan pokok yang ditanam di Singapura merupakan spesies asli, dengan bijinya diperolehi dari hutan simpanan dan ditumbuhkan di tapak semaian di sini sebelum ditanam apabila ia mencapai ketinggian yang sesuai.



Menurut Dr Loo, usaha menanam pokok bukan hanya dapat mengasingkan karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau - satu proses dipanggil sekuestrasi karbon - yang penting dalam perjuangan menentang perubahan iklim, malah mempertingkat biodiversiti.



"Menerusi huraian berasaskan alam semula jadi, contohnya, apabila kita menanam pokok dalam landskap bandar, kita dapat mengurangkan haba dalam persekitaran bandar. Oleh itu, di estet perindustrian (misalnya), kami menanam pokok agar habanya dapat lebih kita tahan dan dapat dikurangkan.



"Kedua, kita menanam pokok bakau kerana... pokok bakau akan melindungi hakisan pantai, yang juga penting dalam perjuangan menentang perubahan iklim," jelas beliau.



Encik Syaiful berkata mereka yang berminat untuk sama-sama terlibat dalam usaha menanam pokok harus benar-benar ikhlas dan minat mahu melakukan kegiatan itu kerana "jika kita asal boleh saja, pokok itu akan mati kerana kita tidak menanamnya dengan betul".



"Kita perlu ikhlas. Kalau kita buat dengan sungguh-sungguh dan betul, kita akan ada rasa sayang dengan (pokok) peliharaan kita," kata beliau.



Saksikan wawancara Encik Syaiful dan Dr Loo dalam episod kedua The BM Show di Facebook dan Instagram Berita Harian serta laman BH.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >