Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN UCAPAN MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM, ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD DI PARLIMEN

Penting jaga hubungan harmoni kaum, agama, ia sangat rapuh: Masagos

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



KESAN BAHAN YANG HINA AGAMA DAN TOKOH AGAMA



Buku berjudul Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship dipertikaikan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA).



Ia mengandungi bahan yang menghina beberapa agama serta tokoh agama termasuk karikatur Nabi Muhammad saw daripada majalah Charlie Hebdo, yang merendahkan Nabi saw dan amat menghina bagi masyarakat Islam.



Adalah mengejutkan imej yang merendahkan dan menghina Nabi saw boleh diterbitkan di mana-mana.



Imej ini telah menyebabkan rusuhan dan kematian di luar negara termasuk di Perancis, Britain, Timur Tengah, Afrika dan Indonesia.



Penerbitan media utama termasuk di negara Barat telah mengelak daripada menerbitkan karikatur yang menghina itu.



RESPONS MUIS



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyemak buku tersebut dan mendapati bahawa ia mengandungi beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad saw serta tokoh lain yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap golongan Muslim, telah menghina Al Quran dan merendahkan agama Islam.



Muis mendapati bahawa imej ini menyinggung perasaan ramai orang Islam.



Muis juga menyatakan bahawa kandungan sedemikian yang memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan para penganutnya, malah sebarang agama lain, tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dalam sebuah masyarakat berbilang agama seperti Singapura.



Oleh itu, Muis menyokong klasifikasi IMDA bagi buku itu.



Saya yakin masyarakat Islam juga menyokong langkah ini.



Selain karikatur Nabi saw dan Islam, buku ini turut mengandungi imej yang menghina agama lain.



Para penulisnya mungkin menyatakan bahawa buku itu tidak bermaksud untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa, sebaliknya ia bertujuan untuk mendidik.



Pemerintah menolak alasan ini.



Penerbitan karikatur dan imej yang jelas menghina Nabi saw mahupun agama lain tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara, akademia, dan sebagainya.



Hubungan harmoni antara kaum dan agama yang kita nikmati selama ini adalah sangat rapuh dan kita perlu menjaganya bersama dengan begitu rapi dan berterusan.



PENTINGNYA LINDUNGI KEHARMONIAN AGAMA



Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama kita, adalah penting kita memperlakukan setiap agama dengan hormat dan tidak merendahkan masyarakat beragama.



Sebaliknya, kita harus menggalakkan dialog dan persefahaman lebih luas dalam kalangan masyarakat agama yang berbeza, agar kita dapat memperkukuh fabrik sosial kita.



Hubungan kaum dan agama harmoni yang kita nikmati di Singapura hari ini memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan pemerintah dan masyarakat luas.



Kita tidak mahu mengambil risiko yang akan menguraikan keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hasil rasa hormat dan pertimbangan wajar yang diberikan antara satu sama lain.



Kita kekal komited bekerja rapat dengan semua masyarakat agama untuk memelihara dan memperkukuh keharmonian kaum dan agama kita, yang merupakan asas masyarakat kita yang bersatu padu.



CONTOHI PRINSIP NABI MUHAMMAD SAW



Islam meletakkan cinta Nabi kita pada tempat yang paling tinggi dalam kalangan manusia.



Oleh itu, anda boleh menjangkakan umat Islam memberikan reaksi apabila darjat Nabi dihina atau Baginda dicemuh.



Meskipun masyarakat Islam berhak marah terhadap sebarang kata-kata yang menghina atau penghinaan yang dibuat terhadap Nabi, kita mesti dibimbing prinsip kenabian belas kasihan, baik budi dan hati.



Saya katakan ini kerana Nabi sendiri berdepan dengan isu ini semasa Baginda masih hidup.



Malah, apabila sekumpulan lelaki berdoa bagi kematian dan malapetaka menimpa Baginda, isteri Baginda, Aishah, mahu melakukan yang sama untuk berdoa bagi kematian dan malapetaka menimpa orang tersebut.



Namun, Nabi menghentikan isterinya daripada berbuat begitu dan menasihatinya bahawa Allah, Tuhan kita, adalah lembut dan Dia menyukai kelembutan.



Oleh itu, saya menyeru kepada saudara Islam untuk mengikuti apa yang diajarkan agama kita, iaitu untuk berkelakuan dengan cara yang paling dapat menjadi contoh, meskipun apabila kita berhak terluka dan marah dengan tindakan yang dibuat terhadap agama dan Nabi kita.




Selain karikatur Nabi saw dan Islam, buku ini turut mengandungi imej yang menghina agama lain.

Para penulisnya mungkin menyatakan bahawa buku itu tidak bermaksud untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa, sebaliknya ia bertujuan untuk mendidik.

Pemerintah menolak alasan ini.

Penerbitan karikatur dan imej yang jelas menghina Nabi saw mahupun agama lain tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara, akademia, dan sebagainya.

Hubungan harmoni antara kaum dan agama yang kita nikmati selama ini adalah sangat rapuh dan kita perlu menjaganya

bersama dengan begitu rapi dan berterusan.

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >