Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting rantau ini galak kerjasama, bukan persaingan: Shanmugam

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



BAGI negara kecil seperti Singapura, adalah demi kepentingannya untuk mempunyai struktur serantau yang menggalak kerjasama, bukannya persaingan, di rantau ini.



Selain itu, negara ini juga mesti mempunyai keupayaan ketenteraan, dan daya tahan sosial, untuk mempertahankan diri, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Beliau berkata demikian dalam ucap tama penutupnya pada Rabu di satu bengkel tertutup selama dua hari di Institut Iseas-Yusof Ishak mengenai Perang Russia-Ukraine dan Asia Tenggara Setahun Kemudian: Implikasi dan Ramalan.



Mengambil iktibar perang di Ukraine, beliau berkata pihak lain akan hanya membantu jika bersesuaian dengan kepentingan mereka.



"Penting bagi kita untuk mempunyai pandangan tajam, kekalkan fikiran waras, dan mengekalkan analisis tajam ke arah trend aliran geopolitik yang penuh persaingan.



"... Dan kita mesti meneruskan, seperti yang selalu kita lakukan, untuk hanya bertindak, dan sentiasa demi kepentingan Singapura dan berpegang pada prinsip yang berdasarkan kepentingan kita.



Pada masa sama, Encik Shanmugam berkata Singapura mengambil pendirian tekal dan tegas mengenai pencerobohan Ukraine oleh Russia.



Pertama, pencerobohan ke atas satu negara oleh negara lain sama sekali tidak boleh diterima.



Pencerobohan itu satu pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Singapura telah mengambil pendirian tegas. Kami menaja secara bersama dan mengundi menyokong beberapa ketetapan di PBB yang mengecam pencerobohan Russia terhadap Ukraine.



"Kami mengenakan sekatan terhadap Russia, dan menyekat beberapa bank Russia tertentu dan transaksi kewangan yang berkaitan Russia.



"Malah, kami adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang mengenakan sekatan ke atas Russia, dan salah satu daripada segelintir negara Asia yang berbuat demikian," katanya di bengkel yang dihadiri kira-kira 70 peserta, merangkumi anggota diplomat, cendekiawan, pengamal perniagaan dan kewangan.



Encik Shanmugam berkata pendirian sama diambil Singapura semasa Russia menceroboh dan mengilhak Crimea dari Ukraine pada 2014.



Beliau menambah bahawa tidak dapat diterima sama sekali bagi sebuah negara menceroboh negara lain atas alasan seja-rah atau alasan lain apa pun.



"Jika ini diterima, tiada apa boleh diperkatakan bahawa ada negara lain tidak boleh menggunakan alasan sama ke atas Singapura," ujarnya.



Sebagai contoh, dalam konteks berbeza, Encik Shanmugam berkata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pada Jun 2022 - empat bulan selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine - bahawa Singapura dan Kepulauan Riau dari segi sejarah adalah 'Tanah Melayu' yang boleh dituntut semula oleh Malaysia.



"Ini bukan satu permainan. Ini adalah serius. Jika ada pemimpin di Malaysia seperti Dr Mahathir, idea ini mungkin diterokai," ujarnya.



Encik Shanmugam turut menarik perhatian pencerobohan Ukraine juga tidak boleh dilihat pada pandangan pihak Barat semata, yang menyalahkan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, kerana dikatakan mempunyai matlamat mahu meluaskan kawasan penguasaan Russia.



Pihak Barat, khususnya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), kurang mengendahkan keprihatinan Moscow tentang peluasan pakatan tentera itu yang menghampiri sempadannya, dan ini termasuk usaha menyertakan Ukraine.



Russia sudah beberapa kali membantah keras peluasan Nato itu, namun negara Barat masih mene ruskannya selepas Perang Dingin dengan Russia kemudian berasa dirinya semakin dikepung.



"Namun apapun keprihatinan Russia, ia bukan alasan bagi satu pencerobohan (ke atas Ukraine)," tambah Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >