Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penubuhan Wakaf Masyarakat S'pura kian siap: Masagos

Beberapa individu turut tampil ikrar derma, katanya di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri
Apr 29, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura hampir selesai menubuhkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dan sedang berusaha untuk memastikan perundangan mengenainya dilaksanakan bagi mentadbir wakaf itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beberapa individu juga telah tampil untuk mengikrarkan derma ke WMS, termasuk usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican.



Encik Masagos memberi perkembangan terkini semasa berucap di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua (Kesihatan), berkata maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan.



"Saya berbesar hati Muis hampir selesai menubuhkan WMS, bahkan sudah mendampingi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang wakaf dan alat-alat perancangan harta peninggalan.



"Maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan. Saya sangat gembira ramai menyokong visi wakaf untuk menampung keperluan keagamaan masa depan masyarakat Islam kita dan institusi-institusinya.



"Pokok dana ini akan dikekalkan dan dilaburkan sepenuhnya. Ia akan menjana pendapatan yang akan disalur kepada penerima WMS.



"Muis sedang berusaha memastikan struktur undang-undang lengkap untuk tadbir urus wakaf ini," jelas beliau.



Encik Masagos juga mengumumkan beberapa individu telah tampil untuk berikrar kepada WMS dan ini adalah langkah penting dalam memastikan masyarakat Melayu/Islam mantap lantas mampu menampung keperluan jangka panjang.



Antara mereka ialah Encik Salleh yang berikrar akan menderma $2,222,222 manakala seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Kasmani akan menyumbang sebahagian daripada simpanan CPF kepada WMS.



Sementara itu, Encik Masagos berkata usaha khusus bagi menggalakkan masyarakat Melayu/Islam menjaga kesihatan mereka akan dipergiatkan dengan tambahan 11 M Kuasa Tiga (M33)@Bandar, dengan Yayasan Mendaki dan Muis sedang membangunkan program Saham Kesihatan mereka sendiri.



Usaha mereka itu menetapkan sasaran mencapai 3,000 peserta menjelang hujung tahun ini.



Pada 2022, program Saham Kesihatan telah dirintis di dua M3@Bandar, iaitu Jurong dan Tampines, dan menunjukkan hasil yang berkesan, tambah Encik Masagos.



Kesihatan merupakan bidang tumpuan kelima M3 yang diumumkan beliau di majlis pelancaran Pesta Saham Kesihatan M3 pada Mac.



Dalam ucapannya itu juga, Encik Masagos turut mengiktiraf sumbangan golongan sukarelawan dan berkata semangat menyumbang mereka kepada masyarakat merupakan kunci kemajuan dan kejayaan bersama.



"Sumbangan-sumbangan para individu yang mencurah bakti telah membawa kita ke tahap kemajuan yang kita nikmati hari ini dan mendorong kita untuk terus menyumbang kepada negara," ujar beliau.



Beliau menukil contoh tokoh masyarakat, Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed, pengasas bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang sumbangannya memainkan peranan penting dalam menyemai semangat kewarganegaraan dalam masyarakat Melayu/Islam dan umum.



Encik Masagos berharap sukarelawan akan terus menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk tampil menyumbang tenaga serta memikirkan bagaimana untuk memperluas lagi usaha supaya dapat memanfaatkan semua lapisan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >