Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang berlepas dari Changi bayar caj lebih tinggi mulai Nov

CAAS, CAG: Tiket dikeluarkan sebelum 1 Nov tidak dikenakan bayaran, levi lebih tinggi
Sep 16, 2022 | 05:30 AM



PENUMPANG yang terbang keluar dari Lapangan Terbang Changi perlu membayar caj lapangan terbang lebih tinggi mulai 1 November.



Penumpang penerbangan berasal dari Lapangan Terbang Changi buat masa ini membayar bayaran pelepasan sebanyak $52.30, yang terdiri daripada bayaran keselamatan dan perkhidmatan penumpang berjumlah $35.40 yang dikenakan oleh Changi Airport Group (CAG) serta levi penerbangan $6.10 dan levi pembangunan lapangan terbang $10.80 yang dikenakan oleh pemerintah.



Dengan kenaikan yang diumumkan semalam, jumlah bayaran pelepasan akan naik $6.90 kepada $59.20 mulai 1 November, dan seterusnya naik kepada $62.20 mulai April 2023 dan $65.20 mulai April 2024.



Penumpang yang tiket penerbangan mereka dikeluarkan sebelum 1 November tidak perlu membayar bayaran dan levi lebih tinggi, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan CAG dalam satu kenyataan bersama.



Tidak ada perubahan dibuat bagi bayaran pelepasan untuk penumpang transit, yang akan terus membayar caj lapangan terbang $9 bagi setiap penerbangan.



Sementara itu, syarikat penerbangan juga dikehendak membayar lebih bagi bayaran letak dan mendarat pesawat, tambah CAAS dan CAG.



Caj itu akan naik 2 peratus pada 1 November, dan naik lagi 1 peratus setiap tahun pada 1 April 2023 dan 1 April 2024, seperti yang diumumkan sebelum ini.



Kenyataan itu berkata bayaran dan levi yang dikenakan akan disalurkan ke arah operasi CAG dan peningkatan infrastruktur terminal serta rancangan pembangunan akan datang, dan pembangunan hab udara serta fungsi kawal selia CAAS.



Kali terakhir caj lapangan terbang di Changi disemak ialah pada 2018, dan pihak berkuasa telah menangguhkan kenaikan selanjutnya semasa pandemik Covid-19.



Kenaikan terbaru itu berlaku pada minggu sama Terminal 4 Lapangan Terbang Changi menyambut penerbangan pertamanya Selasa lalu, selepas ia ditutup pada Mei 2020 disebabkan oleh trafik udara yang menjunam pada permulaan pandemik itu.



Pembukaan semula Terminal 4, yang mempunyai kapasiti pengendalian 16 juta penumpang setahun, akan menambah kepada kapasiti Lapangan Terbang Changi, begitu juga pembukaan semula bahagian selatan Terminal 2 mulai 11 Oktober.



Ini akan memulihkan kapasiti pengendalian Lapangan Terbang Changi ke tahap prapandemik sebanyak 70 juta penumpang setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >