Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Penumpang pesawat SQ dari San Francisco lewat turun selepas mendarat di Changi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penumpang pesawat SQ dari San Francisco lewat turun selepas mendarat di Changi

Nov 22, 2015 | 08:03 PM

PARA penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari San Francisco melalui Hong Kong dikatakan telah dilewatkan turun dari pesawat selepas mendarat di Lapangan Terbang Changi ekoran satu ancaman bomb yang dibuat terhadap pesawat tersebut.

Penerbangan SQ1 itu mendarat sekitar tengah hari tadi tetapi para penumpang dilaporkan hanya dibenarkan turun dari pesawat sekitar 2 petang.

Sumber-sumber memberitahu akhbar The Straits Times, berkata beberapa kenderaan polis telah dilihat berada di lapangan tersebut.

SIA mengesahkan bahawa terdapat ancaman bom dibuat terhadap penerbangan itu dan perkara tersebut telah dirujukkan kepada pihak berkuasa.

Ia berkata pihaknya tidak dapat memberikan butir-butir lanjut kerana ia membabitkan isu keselamatan.

Bagaimanapun, beberapa orang telah menghantar Tweet menyatakan para penumpang telah melalui pemeriksaan tambahan, dan beberapa beg yang dimasukkan ke dalam perut pesawat dikatakan menghadapi isu keselamatan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3