Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal terkorban dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di PIE, botol-botol gelas yang pecah bertaburan di jalan raya

Sep 29, 2018 | 10:41 PM



SEORANG penunggang motosikal terkorban selepas satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) tengahari Sabtu (29 September).



Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu, yang berlaku di PIE ke arah Tuas sebelum Eng Neo Avenue pada 1.11 petang.



Sebuah lori, dua van dan sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan itu.



Akhbar The Straits Times (ST) difahamkan bahawa salah sebuah van itu dipandu dalam lorong kedua jalan raya itu dari sebelah kanan apabila sebuah kereta di depannya menekan breknya.



Apabila ia berlaku, seorang pemandu lori membelok ke kiri secara mendadak untuk mengelak dari terlanggar van tersebut tetapi akhirnya, melanggar sebuah van lain yang dipandu pada sebelah kiri.



Akibatnya, botol-botol kaca dibawa lori itu  pecah dan cecairnya tumpah menjejas sekurang-kurangnya tiga lorong jalan raya itu.



Ia tidak diketahui bagaimana penunggang motosikal itu yang ditunggang seorang lelaki berusia 44 tahun, dan pemboncengnya, seorang wanita yang juga 44 tahun, terlibat dalam kemalangan itu.



Mereka dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) tetapi penunggang itu meninggal dunia kerana kecederaan.



Pemandu lori itu, seorang lelaki berusia 56 tahun, ditangkap kerana menyebabkan kematian atas tindakan cuai. Polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >