Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa stesen MRT di sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) ditutup lebih awal bulan depan

Sep 26, 2018 | 02:33 PM



TUJUH stesen MRT dari stesen MRT Tiong Bahru ke Clementi di Laluan Timur-Barat (EWL) akan ditutup lebih awal sekitar 11 malam pada Jumaat dan Sabtu sepanjang Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan, peningkatan dan pembaharuan aset.



Kerja memperbaharui sistem bekalan kuasa EWL juga akan bermula, di samping kerja berterusan memasang penapis bunyi bising di sepanjang landasan kereta api.



Stesen-stesen itu akan ditutup awal pada 5, 6, 12, 13, 19, 20, 26 dan 27 Oktober.



Khidmat bas ulang-alik akan disediakan bagi membawa penumpang yang terjejas semasa penutupan awal stesen.



Bas itu akan berulang-alik antara stesen MRT Jurong East dan Outram Park dan berhenti di perhentian bas tertentu dekat stesen terjejas bagi mengambil dan menurunkan penumpang.



Penutupan awal stesen-stesen MRT itu akan memberi jurutera Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT serta kontraktor projek lebih banyak masa untuk memperbaharui dan menaik taraf sistem bekalan kuasa EWL dengan selamat.



Projek pembaharuan sistem bekalan kuasa itu akan bermula dengan pemasangan kabel gentian optik dan kawalan kuasa di sepanjang landasan mengikut sektor.



Pembaharuan sistem itu melibatkan penggantian kabel kuasa sepanjang hampir 1,300 kilometer, kabel gentian optik sepanjang 250 kilometer dan lebih 170 substesen.



Sistem pemantauan keadaan masa nyata akan diperkenal bagi memantau kesihatan peralatan kuasa dan mengenal pasti kerosakan yang mungkin berlaku, bagi memperbaiki kebolehpercayaan khidmat kereta api.



Projek pembaharuan sistem bekalan kuasa bagi laluan kereta api Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) dijangka siap pada awal 2020.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman https://www.smrttrains.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >