Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyakit ibu bakar semangat penerima biasiswa ceburi kerja sosial

Jul 21, 2023 | 06:45 PM



Diagnosis barah buah dada ibunya menjadi pembakar semangat bagi Cik Nur Syazana Gonzaga, 22 tahun, untuk menceburi bidang kerja sosial di politeknik demi membantu orang lain.

Berkat kegigihan dan minatnya yang mendalam terhadap bidang itu, Cik Syazana menerima Biasiswa Penjagaan Kesihatan Merit pada tahun ketiga pengajian beliau di universiti pula.

Cik Syazana hanya berumur 15 tahun apabila beliau mula mengikuti ibunya ke sesi kemoterapi dan acara hari keluarga yang diadakan bagi pesakit barah.

Melalui pengalaman seperti itu, Cik Syazana bertekad mendalami bidang penjagaan kesihatan.

Beliau kini mahasiswi tahun ketiga di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam kursus kerja sosial dan program minor dalam psikologi.

Kakak sulung kepada dua adik lelaki, Cik Syazana yang pada awalnya berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi berpendapat bahawa kerja sosial menyatukan kedua-dua bidang minatnya itu.

Masa yang diluangkan bersama ibu membuka mata Cik Syazana kepada kesan tugas pekerja sosial, terutamanya pekerja sosial perubatan, kepada pesakit dan anggota keluarga mereka.

Bapa Cik Syazana pada mulanya prihatin atas keputusannya menceburi bidang kerja sosial kerana menganggap gaji sektor itu yang tidak setimpal.

Namun, selepas Cik Syazana menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan menghasilkan keputusan yang baik, bapanya setuju dan menyokong beliau sepenuhnya.

Cik Syazana juga pernah menjalani latihan amali bersama Babes, sebuah pusat perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan sokongan krisis kehamilan.

“Saya amat lega kerana dianugerahkan biasiswa ini.

“Melalui pengalaman saya dengan diagnosis ibu saya dan perubahan yang harus saya ambil sebagai kakak sulung dalam keluarga, saya harap agar saya dapat berkhidmat kepada masyarakat di Singapura yang memerlukan dan membimbing mereka serta menunjukkan kepada mereka bahawa harapan itu selalu ada,” kata Cik Syazana apabila ditanya tentang perasaannya apabila menerima biasiswa tersebut.

Biasiswa itu disampaikan di Majlis Anugerah Biasiswa Penjagaan Kesihatan yang diadakan di Dewan Expo Marina Bay Sands pada Jumaat dengan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, sebagai tetamu terhormat.

Seramai 161 penerima biasiswa menghadiri acara itu.

Turut menyampaikan anugerah pada majlis itu ialah Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Dalam ucapannya di majlis itu, Encik Ong mengucapkan tahniah kepada penerima biasiswa.

“Saya juga pernah berada di tempat anda semua. Saya juga pernah menjadi seorang penerima biasiswa. Pada masa itu, saya belum lagi pasti tentang kerjaya yang ingin saya ceburi dan saya mengambil langkah demi langkah.

“Saya gembira kerana anda semua telah memilih untuk menyertai sektor kesihatan di Singapura, walaupun pada usia yang sangat muda. Namun, jangan khuatir, saya rasa bahawa ia keputusan yang baik dan berbaloi,” kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >