Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelam SCDF temui mayat remaja 14 tahun di perairan Taman Pantai Changi

Aug 22, 2020 | 10:57 PM



Para penyelam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menemui mayat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di kawasan perairan dekat dengan Taman Pantai Changi pada Sabtu (22 Ogos). 



SCDF berkata ia menerima satu panggilan pada 3.30 petang untuk ‘bantuan penyelamatan air’ di taman itu. 



Apabila pegawai SCDF tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang individu di darat dan tiada orang kedua yang kelihatan, menurut laporan The Straits Times. 



Individu pertama telah dinilai paramedik dan dikejarkan ke Hospital Besar Changi. Adalah tidak diketahui sama ada individu itu sedarkan diri atau tidak semasa dibawa ke hospital. 



Penyelam daripada Pasukan Penyelamatan dan Bantuan Bencana kemudian dikerahkan melakukan pencarian di dasar laut untuk seorang lagi individu. 



Mereka kemudian menemui mayat remaja tersebut sekitar 15 meter dari darat. 



Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik SCDF. 



Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >