Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelidik NTU mahu bantu negara miskin ada bekalan air mampan

Nov 12, 2023 | 06:12 PM



Membaca tentang banjir dahsyat yang melanda Pakistan pada Julai 2022 memberi kesan mendalam kepada penyelidik air muda, Encik Naeem Nadzri.

Kerosakan yang dialami ekoran malapetaka itu dianggarkan sekitar AS$15.2 bilion ($20.6 bilion) dan ia telah mengorbankan kira-kira 1,700 orang.

Satu kesan daripada bencana itu yang Encik Naeem dapati paling menonjol adalah kekurangan akses kepada air bersih.

Bencana itu telah memberinya misi dalam kehidupan dan bidang tumpuan bagi calon Doktor Falsafah (PhD) itu, lapor The Straits Times (ST).


Anak muda berusia 26 tahun itu merupakan calon PhD dalam penyelidikan air di Institut Penyelidikan Alam Sekitar dan Air Nanyang di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dan berharap dapat menjadi sebahagian daripada usaha untuk mencipta sumber air tawar yang mencukupi untuk semua penduduk dunia tidak kira kaya atau miskin.

Beliau sebahagian daripada pasukan 20 orang muda di bawah Program Pembangunan Belia Iklim sulung Singapura yang akan ke sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (COP28) di Dubai.

Inisiatif itu dilancarkan oleh pemerintah untuk membantu belia mempelajari tentang persidangan itu dan memahami bagaimana isu iklim dibincangkan di peringkat dunia.

Perbincangan yang diketuai PBB itu akan diadakan dari 30 November hingga 12 Disember.

Kepimpinan COP28 telah menyertakan air dalam agendanya, dengan tumpuan untuk memulihkan ekosistem air tawar, meningkatkan daya tahan air bandar dan mengukuhkan sistem makanan agar tidak terjejas oleh air.

Encik Naeem berharap dapat menjadi sebahagian daripada perbualan mengenai isu itu, dan berhubung dengan pihak berkepentingan untuk lebih memahami bagaimana kekurangan air memberi kesan kepada negara yang berbeza, terutamanya di negara membangun.

Atmosfera bumi yang semakin panas mengandungi lebih banyak kelembapan, menyebabkan hujan lebat pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini.


Ia juga boleh mengakibatkan kadar penyejatan yang tinggi menyebabkan tanah kering, yang membawa kepada kemarau.


Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia, Encik Petteri Tallas, pada Oktober berkata kebanyakan bencana iklim ini adalah berkaitan dengan air.


Selain Pakistan yang mendapati dirinya terperangkap dalam kemusnahan akibat banjir, Libya pada 2023 menghadapi Ribut Daniel – taufan paling dahsyat yang melanda Afrika dalam sejarah – memusnahkan dua empangan dan menyebabkan banjir besar yang meragut sekitar 11,300 nyawa.

“Membaca tentang (bencana ini) benar-benar mengejutkan saya. Kebanyakan negara ini hampir tidak menyumbang kepada perubahan iklim, namun mereka yang menghadapi kesan buruknya,” kata Encik Naeem.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan prasarana di Pakistan telah wujud sejak era penjajahannya dan tidak disesuaikan untuk menghadapi intensiti kejadian cuaca ekstrem.

Negara maju juga mula berasa tekanan, dengan Italy, Sepanyol dan Portugal, misalnya, terdedah kepada masalah air bermusim semasa tempoh terik pada musim panas, katanya.

Realiti nyata yang dihadapi oleh negara-negara ini mungkin tidak biasa bagi kebanyakan orang di Singapura, memandangkan negara ini bergantung kepada pelbagai teknologi – daripada penyahgaraman kepada loji rawatan air terpakai – untuk sebahagian besar bekalan airnya.

“Tetapi hakikatnya, teknologi sedemikian menggunakan banyak tenaga dan mahal, dan ia bukan sesuatu yang setiap negara mampu,” kata Encik Naeem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >