Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyesuaian respons, langkah keselamatan terkini bantu S'pura bingkas hadapi Covid-19: PM Lee

Sep 24, 2021 | 10:07 PM



SINGAPURA perlu menyesuaikan respons pada Covid-19 apabila pandemik ini berkembang.



Langkah keselamatan baru yang diperkenalkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada Jumaat (24 September) akan memberi lebih banyak masa bagi suntikan vaksin penggalak diberi kepada orang ramai di samping memberi suntikan buat mereka yang belum lagi divaksin.



Menegaskan demikian dalam catatan Facebook pada Jumaat malam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura juga sedang memperluas kapasiti hospital agar memastikan sistem jagaan kesihatan tidak dibebani di luar kemampuannya dan masih boleh menjaga dengan baik semua yang memerlukan jagaan perubatan, baik jangkitan Covid-19 atau kondisi lain.



"Saya tahu perubahan ini boleh mengelirukan dan menjadikan keadaan meresahkan tetapi harap anda bertenang menghadapinya bersama kami. Kami akan terus bekerja rapat dengan anda demi melindungi semua keluarga kita," jamin Encik Lee.


Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengumumkan beberapa langkah baru pada Jumaat bagi menangani lonjakan angka kes jangkitan.


Langkah ini, kata Encik Lee, akan membantu rakyat agar menjadi lebih selamat dan menjadi sebuah negara yang berdaya tahan dalam menghadapi Covid-19.


"Pertama, kita melindungi kapasiti sistem penjagaan kesihatan kita.


"Kedua, kita mempercepat operasi kita bagi menyokong kes Covid-19 yang telah lengkap divaksin dan sedang pulih di rumah. Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kini menyokong Kementerian Kesihatan (MOH) dalam operasi pemulihan di rumah.


"Ketiga, kita menyokong perniagaan yang terjejas dengan langkah sekatan baru. Kemudahan Rawatan Masyarakat (CTF) baru akan menyediakan pemantauan secara dekat dan pengurusan pesakit yang stabil tetapi mengalami penyakit lain serentak dan mereka yang menampakkan tanda jangkitan mahupun tidak.



"Dengan meletakkan lebih ramai pesakit Covid-19 di CTF, kita akan membebaskan katil hospital bagi kes lebih serius," jelasnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >