Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyokong ‘tegar’ Tharman: Si cilik dua tahun ulang kali teriak namanya

Sep 04, 2023 | 07:52 PM



Dalam hati ada Tharman.


Gelagat si cilik berusia dua tahun menjadi tular apabila dia berulang kali teriak nama “Tharman” sebagai respons kepada bapanya yang menyebut nama “Kok Song”.

Dalam sebuah video 11 saat Tiktok yang dimuat naik Encik Muhammad Faisal Haroon Muthu Maricar, pada Jumaat, budak perempuan itu, Siti Safiyya Muhammad Faisal dilihat ‘bertekak’ dengan bapanya mengenai dua calon pilihan raya presiden, Encik Tharman Shamugaratnam dan Encik Ng Kok Song.

Video itu bermula dengan Encik Faisal mengatakan “Kok Song”.

Safiyya dengan tegasnya mengatakan “Tharman”, sebelum mereka berdua berulang kali balas-membalas.

Safiyya juga dilihat menghentak kakinya seolah-olah sedang ‘mempertahankan’ pilihannya iaitu “Tharman”.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Faisal, 34 tahun, berkata anaknya mula mengenali nama “Tharman” setelah mendengar perdebatan beliau dan isterinya, Cik Radin Sofraleezah Radin Abdul Rahman di dalam kereta.

Beliau dan isterinya, 31 tahun, telah berbincang tentang pilihan masing-masing bagi jawatan Presiden di dalam kereta dan Safiyya telah memasang telinga.

“Saya cakap Kok Song, ibunya cakap Tharman. Tiba-tiba dia bersuara dan cakap Tharman,” kongsi Encik Faisal yang merupakan seorang eksekutif keselamatan.







Namun, Encik Faisal akur bahawa anaknya masih terlalu kecil untuk memahami keadaan sebenar dan sekadar “meniru” apa yang dikatakan ibunya.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka turut memperkenalkan dan menunjukkan gambar Encik Tharman kepada Safiyya menerusi telefon bimbit.

Pada Ahad, Encik Faisal memuat naik satu lagi video yang menampilkan anak tunggalnya itu yang masih menyebut-nyebut nama “Tharman”.

Encik Faisal berharap videonya akan mendapat perhatian Istana dan anaknya diberi peluang berkunjung ke sana untuk bertemu Encik Tharman, kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >