Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Peperiksaan lisan PSLE, peringkat O akan diteruskan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peperiksaan lisan PSLE, peringkat O akan diteruskan

May 31, 2021 | 05:30 AM

PARA pelajar masih akan menduduki peperiksaan lisan secara bersemuka bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan GCE peringkat O tahun ini, meski dengan langkah Covid-19 yang diperketat.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata peperiksaan lisan dilakukan secara bersemuka selaras dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa di sekolah yang memberi tumpuan terhadap komunikasi secara bersemuka.

"Perubahan dalam cara pemeriksaan lisan dikendalikan akan mengakibatkan pelajar kurang bersedia untuk berinteraksi dengan pemeriksa dalam suasana dalam talian," kata seorang jurucakap SEAB.

"Interaksi secara bersemuka juga membolehkan pemeriksa membuat penilaian yang lebih dekat terhadap calon dan memberi arahan kepada mereka, jika diperlukan."

SEAB berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk memastikan langkah-langkah penjarakan sosial dapat dilaksanakan, agar peperiksaan lisan ini dapat dikendalikan dengan selamat untuk kedua-dua pelajar dan pemeriksa.

Langkah-langkahnya termasuk meletakkan perisai plastik yang jelas antara calon dan pemeriksa lisan, memastikan kemudahan dinyahjangkit dan masa tamat peperiksaan yang berperingkat bagi para pelajar.

SEAB menambah mereka akan terus memantau keadaan Covid-19 dan memberikan butiran terkini sekiranya terdapat perubahan pada pengaturan peperiksaan.

Dari 19 Mei hingga akhir penggal sekolah kedua, semua sekolah di Singapura melaksanakan pembelajaran di rumah (HBL) dek peningkatan pada kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini mengumumkan bahawa peperiksaan bahasa ibunda GCE peringkat O dan A akan diteruskan seperti yang telah dirancangkan, dengan langkah pengurusan selamat yang lebih ketat.

Peperiksaan peringkat GCE O dijadualkan bermula bulan depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3