Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Peraduan fotografi Instagram di Jalur Budaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ULANG TAHUN KETIGA WISMA GEYLANG SERAI

Peraduan fotografi Instagram di Jalur Budaya

Jan 22, 2022 | 05:30 AM

SATU pertandingan fotografi Instagram di sekitar Jalur Budaya Geylang Serai kini sedang diadakan sempena sambutan ulang tahun ketiga Wisma Geylang Serai (WGS).

Pertandingan InstaGeylang itu dianjurkan bersama oleh WGS, studio dan galeri Kamal Arts dan Jalur Budaya Geylang Serai dalam usaha mempamerkan keunikan dan sifat tersendiri kawasan Geylang Serai dan menonjolkan tempat dan kegiatan istimewa yang menjadi kenangan bagi orang ramai.

"Peserta boleh mengimbau kembali tentang masa lalu, menghargai masa sekarang, dan membayangkan masa depan Geylang Serai melalui gambar-gambar yang diambil dengan subjek terbuka daripada bangunan, orang, makanan dan sebagainya," kata pihak penganjur.

Pertandingan ini akan diadakan sehingga 9 Mei ini.

Untuk menyertai pertandingan ini, individu perlu mengambil gambar dalam kawasan Geylang Serai yang bersempadan dari stesen MRT Eunos/Still Road hingga ke stesen MRT Kallang/Geylang Lorong 1 antara Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dengan Dunman Road.

Individu kemudian perlu memuat naik gambar mereka di Instagram dengan tanda pagar #InstaGEYLANG dan menyertakan lokasi gambar diambil.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://sites.google.com/kamaldollah.com/instageylang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3