Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peralatan komputer 70-an di pameran Muzium Negara

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



MULAI esok, anda boleh pergi ke besmen Muzium Negara untuk memasuki semula ke sebuah pejabat dari zaman 70-an, siap dengan mesin taip, komputer, perabot vintaj dan pemandangan Singapura lima dekad lalu.



Suasana pejabat lama ini juga lengkap dengan bunyi kekunci mesin taip, bunyi setem dan perbualan para pekerja dalam suasana riuh-rendah. Mungkin satu-satunya yang patut ada untuk menyempurnakan suasana pameran ini adalah bau harum kopi yang segar.



Pameran percuma ini yang bertajuk, 'Off/On: Everyday Technology That Changed Our Lives' merupakan pameran terkini yang dianjurkan oleh Muzium Negara. Pengunjung muzium boleh berinteraksi dengan pelbagai gajet yang wujud semasa tahun 1970-an hingga 2000-an dan mengalami bagaimana rakyat Singapura menggunakan gajet-gajet tersebut untuk hidup.



Terdapat telefon bayar terletak di suasana kedai gunting rambut dan kedai kopi dicipta semula. Selain itu, terdapat ruang tamu siap dengan pemain kaset, alat permainan Nintendo yang lama dan pingat sukan yang boleh dimenangi oleh para pelajar zaman dahulu.



Cik Priscilla Chua, kurator kanan Muzium Negara berkata: "Ia merupakan zaman yang melalui banyak perubahan. Sebelum perang, orang gemar mencari hiburan di luar rumah seperti di taman hiburan Gay World. Tetapi dengan ketibaan alat-alat baru, orang boleh menghiburkan diri mereka dengan mudah dan selesa di rumah masing-masing."



"Satu-satunya cara yang terbaik untuk memahami bagaimana teknologi berfungsi ialah dengan menggunakannya dan mengalami bagaimana ia memudahkan kehidupan orang dahulu. Saya rasa kita berjaya memberikan peluang luar biasa ini kepada pengunjung muzium", Cik Chua bertambah.



Artifak-artifak yang dipamerkan telah dipinjamkan oleh orang awam atau simpanan negara. Para pengunjung boleh berinteraksi dengan barang-barang yang tidak diselaputi kaca.



Pelawat boleh tekan butang pemain kaset dan mendengar bunyi berdesingnya atau menggunakan telefon bayar warna oren dari tahun 1980-an untuk rasa beratnya atau dail nombor 1711 untuk dapat tahu waktu.



Terdapat juga permainan yang boleh didatangi melalui pengimbasan kod QR. Ini termasuk permainan ujian menaip seolah-olah seorang setiausaha dalam pejabat pada tahun 1970-an. Pelawat juga boleh mempelajari bagaimana hendak membaca kod dari alat kelui.



Menurut pengarah di Muzium Negara Chung May Khuen, pameran tersebut juga merupakan usaha untuk mendorong orang untuk menyumbang cerita mereka dan alat-alat yang berkenaan dengan teknologi dari zaman 2000-an. Ini mengikuti usaha pertama oleh Muzium Negara untuk menyimpulkan alat-alat kontemporari semasa wabak Covid-19.



Cik Khuen bertambah yang usaha pertama berjaya mendapatkan tindak balas yang positif.



Pihak Muzium Negara berjaya mengumpul sebanyak 300 alat-alat seperti gambar kerusi di luar kedai Toast Box yang bertindan semasa waktu pemutus litar, pelitup muka yang ada mikrofon terbina dalamnya buat memudahkan tugas pensyarah dan gabungan pakaian santai dan rasmi yang sering digunakan untuk mesyuarat di atas talian.



Terdapat banyak perubahan dan transformasi pentas sewaktu tempoh masa 1970-an hingga 1990-an.



Mesin taip membuka jalan untuk para wanita mula berkerja di dalam pejabat. Telefon awam juga menjadi lebih meluas selepas perang tamat.



Salah satu lagi ciri pameran ini yang hebat adalah ia bertukar menjadi aktiviti 'escape room' pada waktu malam. Dalam aktiviti 'escape room' bertema teknologi ini, para peserta harus mentafsir beberapa petunjuk untuk membebaskan diri mereka dan membongkar misterinya.



Mereka yang ingin menyumbang objek dan cerita berkaitan gajet dari tahun 2000-an boleh berbuat demikian di lelaman web ini sehingga akhir tahun ini.



Warga Singapura dan penduduk tetap boleh melawati pameran ini secara percuma. Tiket 'escape room' akan dikeluarkan secara berasingan mulai hari Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >