Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan, aturan kerja perlu direka semula untuk tarik lebih ramai wanita sertai sektor logistik

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



UNTUK menarik lebih ramai wanita menyertai sektor logistik yang biasanya mempunyai ramai lelaki, peranan dan aturan kerja perlu direka semula untuk memenuhi keperluan mereka, menurut pengamal industri.



Antara mereka yang menerajui usaha itu termasuk ketua eksekutif kumpulan syarikat logistik Bok Seng Logistics, Encik Dave Ng.



"Satu bidang yang boleh dilihat ialah di dalam gudang, misalnya tugas mengambilbekalan, yang tidak memerlukan waktu kerja yang tetap," ujarnya.



Sebaliknya, beliau berkata teknologi dan penjadualan yang berkesan membolehkan ramai orang bertugas mengambil bekalan dan membungkus kiriman bersama pada bila-bila masa mereka boleh.



Hampir 85 peratus daripada lebih 250 kakitangan syarikat itu merupakan pekerja lelaki.



Bok Seng Logistics merupakan salah satu daripada 10 syarikat dalam sektor logistik dan rantaian bekalan yang memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan gerakan pekerja minggu ini.



Kesemua 10 syarikat itu, yang menggajikan lebih 650 pekerja secara keseluruhan, berikrar akan melaksana dasar tempat kerja yang progresif seperti mengamalkan piawaian keharmonian antara kerja dengan kehidupan yang dihasilkan perikatan tiga pihak yang merangkumi pemerintah, kesatuan pekerja dan majikan.



Syarikat itu juga komited menyemak aturan kerja fleksibelnya, mereka semula peranan pekerjaan dan menyediakan latihan bagi pekerja wanita agar menyertai pekerjaan dalam sektor tersebut.



Menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), lebih 256,000 orang bekerja dalam perkhidmatan simpanan dan pengangkutan, dengan 6,900 kerja kosong yang ada dalam sektor itu hingga Disember lalu.



Pengarah Unit Keluarga dan Wanita serta Unit Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, berkata terdapat sekitar 80,000 wanita di Singapura yang tidak bekerja namun sedang mencari pekerjaan.



Cik Yeo, yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata syarikat logistik boleh menarik golongan ini dengan menyediakan ruang lebih selesa buat mereka seperti bilik menyusu bagi mereka yang baru bergelar ibu dan ingin bekerja semula.



Turut hadir pada upacara pemeteraian MOU itu termasuk Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Berucap pada majlis itu, beliau berkata usaha menggalak lebih ramai wanita bekerja diperlukan demi memastikan terdapat jumlah pekerja yang mencukupi.



Meskipun Singapura perlu terus menambah tenaga kerjanya dengan pekerja migran dalam jangka masa pendek dan sederhana, Encik Ng berkata syarikat juga perlu meningkatkan daya penghasilan pekerja mereka dan menggunakan lebih banyak teknologi dalam strategi jangka panjang.



Untuk mengiktiraf amalan pekerjaan progresif, syarikat dan rakan kerja Unit SME NTUC yang telah memeterai atau akan menandatangani MOU itu, NTUC akan menyediakan sudut kesejahteraan bagi pekerja mereka untuk bersantai dan mengeratkan hubungan, atau bilik menyusu bagi pekerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >