Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Peranan besar relawan kumpul dana untuk masjid

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



PENGLIBATAN sukarelawan menjadi nadi penggerak untuk Masjid Al-Amin.



Khidmat mereka sangat diperlu dan dialu-alukan bagi menjalankan tugas-tugas tertentu. Bahkan keupayaan sukarelawan dalam mencari dana untuk masjid juga sangat dihargai.



Salah seorang sukarelawan mapan dari Masjid Al-Amin, Encik Mohd Razib Ibrahim, bersama sukarelawan lain telah menunjukkan peranan yang sangat penting untuk mencari dana bagi peningkatan masjid di Telok Blangah Way itu,



Encik Mohd Razib sudah dua dekad berbakti kepada masjid itu.



Bagi beliau, masjid ini telah banyak berbakti kepada masyarakat sekitarnya. Justeru, ia menerima sokongan padu penduduk setempat.



"Masjid ini menerima sumbangan serta sokongan yang kuat bukan sahaja daripada masyarakat Islam di sekitarnya, malah juga dari luar kawasan estet ini.



"Alhamdulillah, baru-baru ini, saya dan rakan-rakan relawan yang lain berjaya mengumpulkan derma hasil sumbangan orang ramai bagi menyediakan 1,000 beg habuan yang mengandungi beberapa barangan makanan. Semuanya ditaja dan setiap beg ini bernilai $10 untuk meningkatkan dana masjid.



"Dengan usaha itu, jemaah boleh menginfakkan wang sebanyak $10, di samping memperolehi beg habuan yang mengandungi pelbagai barangan terpilih.



"Sebenarnya, saya dan beberapa rakan mempunyai kumpulan sendiri di luar yang menumpukan beberapa jenis kerja amal. Kami sering memanfaatkan masa dan tenaga yang ada serta sedikit sumbangan yang kami kumpulkan daripada teman-teman, ahli keluarga, masyarakat Singapura yang bersifat dermawan serta saudara-mara untuk membantu membeli keperluan golongan yang memerlukan.



"Contohnya, kami menyediakan sebanyak 600 hingga 1,000 paket makanan setiap hari untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, pekerja-pekerja Malaysia yang terkandas di Singapura disebabkan keadaan Covid-19 yang melanda dan banyak lagi," kata Encik Mohd Razib.



Tidak bersendirian, Encik Mohd Razib turut mengajak rakan-rakannya untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di Masjid Al-Amin, termasuk saudara Islam dari Malaysia.



Jelas beliau: "Alhamdulillah, saya menjalankan tanggungjawab untuk menguar-uarkan aktiviti masjid kepada orang ramai. Melalui hebahan itu, terdapat beberapa rakan yang berminat untuk membentuk kerjasama bagi membantu meringankan tugas masjid dan memberikan pandangan untuk meningkatkan keupayaan masjid.



"Pada masa yang sama, kami turut melakukan kerjasama dengan pekerja Melayu/Islam dari Malaysia yang terkandas di Singapura.



"Mereka yang telah menerima bantuan makanan dari Masjid Al-Amin telah menyuarakan hasrat untuk berbakti kembali dengan menjadi sukarelawan di sini.



"Penglibatan mereka sangat berbaloi kerana mereka menyumbang tenaga yang banyak untuk membantu masjid dan menjadi sukarelawan mesra jemaah," jelasnya lagi.



Encik Mohd Razib turut menerangkan, kebiasaannya, sukarelawan akan membantu pihak masjid dengan memudahkan urusan jemaah berkaitan mendaftar masuk atau safe entry, menjaga jarak selamat dan lain-lain lagi, terutamanya ketika solat berjemaah di bulan Ramadan, Hari Raya dan solat Jumaat.



"Di samping itu, saya berharap agar masyarakat Islam terus membantu untuk menghulurkan sumbangan tenaga dan kewangan kepada Masjid Al-Amin.



"Memandangkan masjid ini sudah lama terbina, maka ia memerlukan kerja naik taraf demi keselesaan serta keselamatan jemaah. Buatlah sesuatu yang bermanfaat agar ia dapat menjadi saham di akhirat kelak,'' kata Encik Mohd Razib lagi.



Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, turut memberi penghargaan kepada para sukarelawan Masjid Al-Amin yang menunjukkan kesungguhan yang luar biasa.



Katanya: "Masjid Al-Amin sangat berterima kasih dan menghargai komitmen sukarelawan yang mempamerkan usaha dan tenaga luar biasa dari peringkat awal hingga ke hari ini.



"Para sukarelawan bekerja keras membantu mencari dana peningkatan Masjid Al-Amin ini. Mereka mencari penaja untuk menaja barangan yang diletakkan dalam beg habuan amal.



"Semoga Allah swt mengurniakan sebaik-baik balasan atas segala pengorbanan sukarelawan yang tidak henti-henti mencurahkan bakti besar di Masjid Al-Amin.



"Selain itu, masyarakat Islam juga boleh terus menghulurkan sumbangan kepada Masjid Al-Amin dengan menyokong projek Mahar Ke Syurga bagi mengumpul dana peningkatan masjid. Mudah-mudahan, kita diberikan perlindungan dan nikmat yang berpanjangan atas kebaikan yang dilakukan di dunia ini."




CARA MENYUMBANG



- Derma boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6 atau Paynow UEN No: S91MQ0008B001.



- Orang ramai juga boleh menyampaikan derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi 62725309.



- Sila lungsuri https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk menghulurkan infaq atau wakaf anda ke Masjid Al-Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >