Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan ibu bapa penting dalam pencegahan dadah: Faishal

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa kini lebih mengambil berat mengenai isu-isu penglibatan belia dalam pencegahan pengambilan dadah.



Ini penting kerana ibu bapa dapat membantu memantau kegiatan anak-anak mereka di rumah dan sokongan ibu bapa penting dalam menangani kesan belia yang bertanggapan lebih liberal terhadap penggunaan dadah.



Demikian kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim bersama pasukan Dadah itu Haram (DIH) semalam di sesi jangkauan belia yang diadakan di Masjid Kassim.



Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha bulanan pasukan DIH untuk menyebar mesej anti-dadah, bersama dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB).



Buat pertama kali dalam kempen Dadah Itu Haram (DIH), ibu bapa dijemput mendengar dan mempelajari bersama belia akan kesan dan keburukan dadah.



"Saya gembira melihat ibu bapa hadir dan melibatkan diri dalam sesi demikian dan juga tahu mereka menyokong pendekatan kami dalam pencegahan dadah," tambah Dr Faishal kepada Berita Harian.



Sekitar 60 orang hadir dalam sesi itu, merangkumi belia-belia serta ibu bapa mereka, pegawai dan relawan bersama Masjid Kassim dan ahli rumah peralihan Pertapis.



Sesi itu merangkumi perkongsian antidadah ganja oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Inspektor Qurratu' Ain Aminurrashaid.



Selain itu, terdapat juga perkongsian pengalaman hidup peribadi oleh pengasas Reforming Support Group (RSG), Encik Ramli Abdullah. RSG adalah pertubuhan rasmi yang menyediakan bimbingan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi bekas pesalah.



Antara ibu bapa yang telah meraih manfaat daripada perkongsian sesi itu ialah Encik Ismail Hakim, bapa kepada dua anak remaja yang menjalani kelas Youth Alive di masjid itu.



"Saya menghargai perkongsian yang diadakan kerana terdapat beberapa pengajaran yang tidak terlintas fikiran.



"Sebagai bapa kepada dua anak remaja, saya harus mengemaskini dan mengikut trend perbualan anak-anak," ujar pekerja perkhidmatan awam itu.



Mengulas lebih akan sesi tersebut, Encik Ismail turut melihat kebaikan sesi itu kepada para belia kerana ia juga menasihati dan memberi peringatan kepada peserta untuk menghargai keluarga terutama ibu bapa.



Bercakap kepada pengerusi Masjid Kassim, Encik Mohd Zain Mohd, beliau berasa masjid adalah tempat yang tepat untuk mengajar mengenai halal dan haram.



"Pendedahan ini harus dimula daripada peringkat awal supaya mereka (belia) tahu akan bahayanya dadah dalam kehidupan," ulas Encik Zain akan kepentingan jangkauan sedemikian.



"Kami sedia membuka pintu untuk menyokong usaha murni bagi menyedarkan masyarakat kepada bahaya dadah," kata Encik Zain.



Beliau juga percaya bahawa majid memainkan peranan yang tepat untuk mengekalkan mesej 'Dadah Itu Haram' memandangkan isu halal haram juga dipelajari dari segi agama.



Ini merupakan sesi jangkauan di masjid yang keempat bagi pasukan DIH.



Sesi sama pernah diadakan di Masjid Maarof, Masjid An-nur dan Masjid Al-Falah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >