Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perancangan Perubahan Industri Hotel diperbaharui dilancar

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH Perancangan Perubahan Industri (ITM) Hotel 2025 yang diperbaharui dilancarkan semalam untuk menyajikan konsep hotel yang segar, membangunkan kemampanan, memanfaatkan huraian teknologi yang berkesan, serta menyiapkan tenaga kerja bagi masa depan.



Menerusi ITM Hotel 2025, Singapura menjangka industri hotel untuk mencapai Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 5.9 peratus menjelang 2025, umum Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.



Dalam ucapannya di majlis pembukaan Makanan & Hotel Asia (FHA) Hotel, Restoran dan Kafe atau HoReCa 2022, beliau berkata:



"Kami menjangka pelancongan untuk terus pulih dengan permintaan perjalanan terpendam, dan pemulihan penuh menjelang pertengahan 2020an.



"Di akhir tahun ini, kami menjangka mencapai tahap lebih tinggi ramalan kami antara 4 hingga 6 juta ketibaan pengunjung antarabangsa, dan resit pelancongan antara $10 bilion dengan $12 bilion.



"Walaupun masih merupakan sebahagian kecil perangkaan praCovid-19, inilah petanda kita sedang menuju ke arah yang betul."



Mengulas lanjut, Encik Tan berkata industri hotel akan disuntik kesegaran dengan konsep serta model perniagaan baru yang memanfaatkan trend pelancongan global.



Pembangunan hotel baru di daerah pelancongan utama akan menawarkan konsep yang mempertingkat tarikan Singapura sebagai destinasi.



Ia juga digalak bekerjasama merentas sektor bagi menjana aliran pendapatan baru.



Contohnya, InterContinental Singapore bekerjasama dengan syarikat pemula, DayAway, bagi wadah dalam talian untuk membolehkan pengguna menempah kegiatan di hotel Singapura.



Ini lantas membuka sumber pendapatan tambahan di mana tetamu yang tidak tinggal di hotel tersebut juga dapat memanfaatkan ruang hotel seperti spa dan gim.



Seterusnya, Encik Tan berkata kemampanan akan dibangunkan sebagai strategi teras bagi meningkat kesedaran dan minat pelanggan terhadap perubahan iklim.



"Ini adalah kedua-duanya enjin pertumbuhan utama bagi perniagaan, dan kelebihan daya saing untuk meningkatkan daya tahan industri dan meningkatkan tarikan Singapura sebagai sebuah destinasi," ujarnya.



Dalam pada itu, hotel juga akan digalak untuk mengambil langkah seterusnya dalam menggunakan huraian teknologi yang sudah terbukti dan berkesan. Contohnya, hotel dapat menyepadukan sistem mereka - yang dapat dilihat pelanggan serta yang di sebalik tabir - menggunakan analitik data.



Keupayaan data dan digital hotel serta tenaga kerja akan dikembangkan agar dapat membantu hotel menjadi "lebih bijak dan lebih cekap", tambahnya.



Selanjutnya yang paling penting sekali, kata Encik Tan, adalah tenaga kerja.



Menurutnya, orang ramai akan dibantu menimba kemahiran baru supaya dapat bekerja dalam bidang hospitaliti pada masa depan.



"Kami juga akan memperkukuh saluran tempatan dengan mengasah bakat muda untuk menyertai industri ini, dan mempersiap bakat tempatan kita untuk memikul jawatan yang lebih tinggi," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >