Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perangi rasuah, lakar 'diplomasi Madani' antara cara Anwar tambat hati rakyat

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



BANYAK yang telah diperkatakan tentang kesungguhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam membanteras gejala rasuah, apatah lagi dengan beberapa penjawat awam kanan dan pemimpin politik mapan negara itu telah diberkas dan didakwa kerana mengamalkan tumbuk rusuk.



Malah Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini mendedahkan pihaknya kini "sedang menyiasat lebih banyak kes rasuah melibatkan nama-nama berprofil tinggi" dan kesemuanya akan didedahkan tidak lama lagi.



"Kes-kes berprofil tinggi akan didedahkan dalam sebulan dua lagi," katanya dalam satu wawancara bersama akhbar New Straits Times pada 18 April.



Sejauh ini antara yang telah diberkas dan didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah di bawah pentadbiran Datuk Anwar ialah mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan, mantan menteri besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.



Kelihatannya, kesungguhan Datuk Anwar membersihkan pentadbiran kerajaan dari amalan makan suap ini mendapat sokongan rakyat - apatah lagi ia merupakan antara modal utama yang dijulang gagasan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuainya - biarpun ada segelintir pihak merasakan penangkapan dan pertuduhan ini bersifat 'terpilih'.



"Penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan ke atas Muhyiddin Yassin oleh agensi antirasuah, SPRM, merupakan satu titik tolak terpenting kerajaan yang memerintah dalam membanteras gejala rasuah demi 'membersihkan' politik di Malaysia," demikian pandangan penganalisis kanan ehwal antarabangsa, Dr Mustafa Izzuddin, dari firma Solaris Strategies Singapore.



Hal ini selari dengan pandangan Tan Sri Azam yang berkata, kejayaan SPRM adalah disebabkan sokongan yang diterimanya daripada Datuk Anwar - menjadikan tugas memerangi rasuah menjadi lebih mudah "kerana mendapat sokongan penuh pemimpin utama negara".



Sejauh ini, kata Dr Mustafa semasa perbincangannya dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Datuk Anwar belum 'tergelincir' dalam usahanya menangani masalah nombor satu ini.



Dari segi kedudukan di kalangan negara-negara Asean, Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura yang merekodkan tangga kelima daripada 180 negara dalam usaha membasmi rasuah.



Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.



"Sedang beberapa kejayaan telah dicapai dalam membanteras rasuah di peringkat tertinggi kerajaan, namun ia satu usaha yang masih berjalan atau work in progress," terang Dr Mustafa lagi.



"Penangkapan sebegini meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dan perkukuh keabsahan kerajaan perpaduan kerana rakyat negara itu bosan dengan gejala rasuah yang berterusan dan mereka benar-benar ingin menjadikan Malaysia sifar rasuah," jelasnya lagi sambil menambah, penangkapan suspek berprofil tinggi turut memberi kesan positif pada kedudukan Datuk Anwar yang mana prestasi 100 hari pertamanya memimpin Kerajaan Perpaduan Madani tidak menyerlah.



Mengongsi lebih lanjut tentang prestasi kepimpinan perdana menteri yang popular dengan singkatan 'DSAI' atau 'PMX' ini melepasi 100 hari pertama baru-baru ini, Dr Mustafa berkata:



"Sejauh ini Datuk Anwar berjaya menonjolkan ketrampilannya sebagai seorang negarawan, dan berupaya mengekalkan kestabilan politik di Malaysia dengan kerajaan perpaduannya kekal utuh.



"Beliau juga berupaya merancakkan semula ekonomi dengan pelaburan asing mencecah berbilion dolar ke dalam negara itu, dan ini sekali gus memanfaatkan rakyat Malaysia menerusi peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan selain faedah langsung dan tidak langsung untuk sektor perniagaan bagi setiap pelaburan asing yang masuk ke negara itu," ujarnya.



Namun selain usaha merancakkan ekonomi, corak dan pendekatan diplomasi Datuk Anwar berteraskan konsep 'madani' juga menarik perhatian ramai pihak.



Langkahnya mengadakan majlis-majlis ilmu dan kerohanian setiap minggu di rumah rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, dialu-alukan ramai.



"Diplomasi Madani beliau membuahkan hasil yang jauh lebih besar dari apa yang digambarkan, termasuk dalam aspek dasar luar negara. Ia bukan hanya memberi gambaran global tetapi memberi faedah besar untuk rakyat, sebagaimana yang dapat kita lihat apabila Datuk Anwar mengadakan lawatan ke luar negara.



"Populariti beliau yang mencecah 68 peratus, menurut satu tinjauan mengesahkan pendekatannya adalah betul," kata Dr Mustafa lagi.



Namun, dalam usahanya meraut 'wajah' kerukunan rakyat Malaysia yang sememangnya majmuk dan berdaya saing, Datuk Anwar juga berdepan cabaran besar yang menguji, contohnya, menangani ekstremisme atau pelampauan berasaskan kaum atau agama yang dimainkan sesetengah golongan.



"Sebagai perdana menteri, Datuk Anwar perlu menggunakan kedudukannya bagi memerangi pelampauan ini dengan menggalak usaha-usaha keterangkuman melibatkan masyarakat berbilang bangsa dan kepelbagaian budaya serta kesederhanaan menerusi konsep Madani yang beliau perjuangkan," kata Dr Mustafa lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >