Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranti mudah alih kawal robot Home Team diuji di Toa Payoh

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



HANYA beberapa ketikan pada peranti mudah alih mungkin diperlukan bagi mengerahkan seluruh kumpulan robot polis di Singapura.



Perintah daripada hanya satu individu akan dilaksanakan secara serentak oleh robot-robot itu termasuk Robot Berautonomi Semua Rupa Bumi Pelbagai Tujuan (Matar) dan robot anjing Rover-X.



Dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) dengan kerjasama firma teknologi maklumat NCS dan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), papan pemuka robotik itu bertujuan membawa kawalan bot di bawah Home Team ke satu platform.



Ia kini sedang diuji oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) di Hab Pengangkutan Toa Payoh, lapor The Straits Times.



Pegawai polis menggunakan papan pemuka pada komputer untuk mengawal beberapa Matar yang dikerahkan di kawasan itu, mensimulasikan senario berbeza seperti pengesanan potensi ancaman dan menyuraikan orang ramai.



Percubaan itu bermula pada 17 Januari lalu dan dijangka berlangsung sehingga 28 Januari.



Timbalan Penguasa Polis (DSP) Lim Jim Kai, dari Jabatan Operasi dan Perancangan Masa Depan SPF, memuji potensi inisiatif itu semalam.



"Papan pemuka robotik akan membolehkan kami menggunakan dan mengendalikan Matar dengan lebih baik.



"Ia membolehkan satu pengendali mempunyai kawalan ke atas berbilang robot barisan hadapan," katanya.



HTX telah terlibat dalam pembangunan banyak bot selama bertahun-tahun, termasuk pepijat cyborg (cyborg bugs), robot autonomi Xavier dan dron.



Buat masa ini, bot-bot itu mempunyai kawalan dan interface berbeza yang memerlukan pengendali dilatih khas untuk menggunakan setiap bot tersebut.



Timbalan pengarah sistem darat di Pusat Kepakaran Robotik, Automasi dan Sistem Tanpa Pemandu HTX, Encik Ong Ka Hing berkata, matlamatnya ialah untuk membangunkan satu platform bagi pelbagai jenis robot.



"Papan pemuka ini akan menyatukan semua mereka bersama agar mereka boleh dikendalikan dengan mudah daripada satu platform.



"Ini bermakna apabila Home Team menambah jumlah bot, mereka tidak perlu menambah jumlah tenaga kerja," kata beliau.



Papan pemuka itu juga mempunyai potensi mengakses kesemua 90,000 kamera polis yang kini dipasang di merata negara.



Namun, buat masa ini, pembangunannya lebih tertumpu pada Matar, Xavier dan Rover-X, tambahnya.



""Kami berasa gembira dengan kemajuan kami setakat ini, terutamanya apabila kami melihat bagaimana kerja kami telah menyumbang kepada memastikan Singapura selamat.



"Kami berharap dapat memanfaatkan lagi potensi teknologi untuk menjadi pengganda kuasa bagi Home Team," ujar Encik Ong.



Apabila robot autonomi Xavier dilihat meronda semasa percubaan di Hab HDB Toa Payoh pada September lalu, kebimbangan telah disuarakan mengenai pengawasan dan privasi.



Terdapat juga kebimbangan bahawa teknologi sedemikian akan disalahgunakan jika diakses oleh orang jahat.



Ditanya mengenai kebimbangan papan pemuka mungkin disalahgunakan jika digodam, Encik Ong berkata terdapat banyak perlindungan yang disediakan.



"Sistem ini direka dengan mengambil kira keselamatan siber.



"Kami tahu terdapat kebimbangan mengenai cara sistem ini mungkin digunakan jika terjejas, tetapi kami sentiasa berwaspada untuk memastikan ini tidak akan berlaku.



"Kami melakukan ini dengan terus menguji sitem kepada penilaian kerentanan dan ujian penembusan yang ketat," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >