Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan pengumpulan data lebih tegas bagi NRIC mulai 1 September; gagal untuk patuhi undang-undang itu akan didenda

Aug 26, 2019 | 03:47 PM



SYARIKAT-SYARIKAT  yang beroperasi di Singapura diberikan kurang daripada seminggu untuk mematuhi peraturan yang lebih tegas oleh pengawas privasi Singapura yang mengawal penggunaan, pengumpulan dan pendedahan nombor kad identiti dan nombor pengenalan kebangsaan yang lain.



Dalam satu kenyataan pada hari Isnin (26 Ogos), Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengingatkan organisasi bahawa mulai 1 September, ia adalah satu kesalahan untuk sebuah organisasi memegang kad pengenalan (IC) seorang individu secara fizikal dan mengumpul nombor penuhnya, melainkan ia sesuatu yang diperlukan dari segi undang-undang.



Peraturan itu juga harus dipatuhi untuk nombor sijil kelahiran, nombor pengenalan asing dan nombor permit kerja. 



Suruhanjaya telah mengumumkan perubahan kepada garis panduan nasihat terhadap kegunaan NRIC tahun lepas kerana terdapat amalan pelbagai pihak yang menggunakan IC secara berleluasa. IC itu digunakan misalnya bagi mengisi kupon cabutan bertuah, aplikasi keahlian, serta pendaftaran pelanggan oleh peruncit untuk penebusan tempat letak kereta.



"Nombor NRIC, yang dikeluarkan oleh pemerintah Singapura untuk tujuan pengenalan yang tetap dan tujuan utamanya adalah untuk pentadbiran awam dan untuk memudahkan urusniaga dengan pemerintah.



"Memandangkan nombor NRIC boleh digunakan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan individu, kita harus mengurangkan kutipan dan pengumpulan maklumat NRIC yang tidak wajar," kata PDPC dalam kenyataannya.



Organisasi yang telah mengumpul nombor kad pengenalan digalakkan untuk menilai sama ada mereka perlu mengekalkan nombor-nombor ini dan, jika tidak, suruhanjaya itu mencadangkan mereka menghapuskannya secara bertanggungjawab dan mematuhi kaedah pelupusan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).



Organisasi yang terus mengumpul, menggunakan atau mendedahkan NRIC secara sewenang-wenangnya gagal mematuhi peraturan PDPA, dan boleh dikenakan denda sehingga $1 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >