Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JAWATANKUASA AKAUN AWAM

Perbelanjaan $72.3b tangani Covid-19 perlu disemak

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



SATU semakan harus dijalankan bagi memastikan dana awam dibelanjakan dengan sewajarnya dan sebarang kerugian dana awam dilaporkan dan didapatkan semula, memandangkan operasi pemerintah menangani Covid-19 adalah luar biasa dari segi kerumitan dan skala, kata Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).



Jawatankuasa itu, yang membentangkan laporannya di Parlimen semalam, menarik perhatian bahawa dana $72.3 bilion yang dibelanjakan bagi Covid-19 pada tahun kewangan 2020 dan 2021 tidak diliputi dalam audit oleh Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).



Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam, Cik Foo Mee Har, berkata:



"Memandangkan operasi Covid-19 pemerintah adalah luar biasa dari segi intensiti, kerumitan dan skala, pemeriksaan harus dibuat bagi memastikan urus niaga adalah tepat dan tidak ada pembayaran yang salah.



"Agensi-agensi yang relevan harus mengambil langkah susulan untuk memperjelaskan sebarang kesalahan yang ditemui semasa semakan semula dalaman dan audit dan mengambil langkah untuk melaporkan dan mendapatkan semula sebarang kerugian atau kehilangan wang awam," ujar beliau dalam kenyataan media.



Tambah beliau, prosedur pemerolehan kecemasan harus disemak semula bagi memastikan langkah-langkah kawalan adalah bersesuaian bagi kecemasan masa depan.



"Pemerintah harus memastikan peralihan daripada pandemik Covid-19 ke norma baru disesuaikan dengan teliti untuk memastikan mutu khidmat sektor awam tidak merosot ke bawah tahap prapandemik, memandangkan aturan kerja hibrid baru dalam sektor awam dan mendorong khidmat awam secara digital," kata Cik Foo.



Menurut beliau lagi, khidmat pemerintah harus terus mudah diakses oleh semua segmen awam, khususnya mereka yang kurang celik digital termasuk warga emas.



Laporan itu juga berkata AGO menarik perhatian bahawa agensi SkillsFuture Singapura (SSG) sudah menjalankan semakan menyeluruh terhadap proses kawal selia dan menghubungi secara bertahap lebih 100,000 majikan dengan matlamat untuk mendapatkan semula Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) pada akhir Mac ini.



Ini selepas audit AGO mendapati kelemahan dalam cara SSG menguruskan geran dan menguatkuasakan pengutipan SDL. SSG telah terlebih bayar $4.22 juta dalam geran kepada individu, majikan dan penyedia latihan yang antara lain tidak memenuhi kriteria kelayakan.



Sehingga April 2022, agensi itu tidak mengutip sehingga $43 juta yang dihutang dalam jumlah SDL tertunggak bagi tempoh 2015 hingga 2020.



Jawatankuasa itu berkata ia telah bertanyakan tentang matlamat strategik SSG dan menggesa pemerintah agar memastikan jumlah pendanaan yang tepat diberikan sejajar dengan penunjuk prestasi utama (KPI) bagi membangunkan tenaga kerja yang masa depan dan memudahkan daya kerja sepanjang hayat.



Jawatankuasa itu akur tumpuan pemerintah untuk mempertingkatkan kemahiran tenaga kerja tetapi menekankan perlunya untuk memastikan pengerahan berkesan bagi dana pembangunan kemahiran yang bersepadu dengan Perancangan Perubahan Industri bagi mencapai hasil yang dimahukan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >