Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BINA S’PURA YANG BERDAYA TAHAN IKLIM

Perbincangan S'pura libat individu, pelbagai sektor dilancar

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura digesa mengambil tindakan untuk menjadikan negara ini lebih berdaya tahan dalam menghadapi perubahan iklim demi generasi akan datang dalam satu siri penglibatan awam yang dilancarkan semalam.



Perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura itu akan melibatkan setiap lapisan masyarakat - termasuk individu, institusi pendidikan dan pertubuhan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu sewaktu forum di Hotel Grand Copthorne Waterfront semalam.



Cik Fu berkata demikian dalam forum Perkongsian bagi Singapura yang Hijau, Boleh Didiami dan Berdaya Tahan.



Ia adalah salah satu daripada enam tunggak latihan Perbincangan Singapura Kita untuk menjalin kompak sosial baharu, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, Jun lalu.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Fu berkata usaha melibatkan seluruh negara adalah kunci dalam membina Singapura yang berdaya tahan dari segi iklim, kerana keadaan cuaca yang keterlaluan dijangka semakin bertambah dan lebih kerap.



Singapura juga mungkin akan menghadapi kemarau berpanjangan atau banjir teruk yang menjejas sumber tenaga dan pengeluaran makanannya, peningkatan haba bandar yang mengancam kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, serta peningkatan paras laut yang menyelubungi sebahagian besar daratan, tambah Cik Fu lagi.



"Kita warisi Singapura dalam keadaan yang baik kerana kebijaksanaan generasi terdahulu yang berpandangan jauh. Namun dengan tanggungjawab yang perlu dipikul kini, kita perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang perlu dilakukan oleh generasi sekarang untuk mengurangkan kos perubahan iklim kepada generasi akan datang," kata Cik Fu.



Singapura kini menangani perubahan iklim dalam dua cara - melalui penyesuaian seperti pembinaan tembok laut untuk mengawal kenaikan paras laut, serta mitigasi, seperti dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.



Namun, ini adalah pelaburan jangka panjang yang ketara dan peralihan ekonomi akan mengambil masa bertahun-tahun.



Justeru, usaha ini mungkin mengambil masa lebih lama untuk menjadi kenyataan, tambah Cik Fu lagi.



Di bawah usaha penglibatan baru, perbincangan akan tertumpu pada bagaimana ekonomi boleh dikembangkan secara mampan, sambil mengagihkan dengan cara yang memastikan tiada siapa yang ketinggalan, tambah Cik Fu lagi.



Sebagai contoh, akan ada kenaikan kos untuk barangan dan perkhidmatan intensif karbon, katanya.



Singapura akan melaksanakan kenaikan cukai karbon secara berperingkat, dengan $5 setiap tan dan dinaikkan kepada $25 setiap tan pada 2024 dan 2025, sebelum akhirnya mencecah $50 hingga $80 setiap tan menjelang 2030.



Cukai karbon dilaksanakan kepada pengeluar karbon dan hasilnya akan digunakan untuk menyokong syarikat apabila mereka melabur dalam kaedah pengeluaran yang lebih hijau dan lebih mampan serta mengurangkan kesan kenaikan harga terhadap isi rumah.



Ketika Singapura mengubah industri sedia ada untuk menjadikannya lebih mampan - seperti melalui penggunaan pengangkutan elektrik dan lebih banyak kaedah pembuatan cekap sumber dan karbon - adalah penting untuk memastikan rakyat Singapura tidak ketinggalan dalam proses peralihan ini, kata Cik Fu.



Oleh itu, perbualan nasional adalah penting untuk melihat sama ada peralihan sedemikian akan menjadi tidak seimbang bagi pekerja tertentu, dan untuk memastikan bahawa mereka dilatih dan menjalani latihan semula supaya tidak pekerja yang ketinggalan.



Walaupun pemerintah akan memimpin perubahan, seperti meminta sektor awam menetapkan sasaran dalam mengurangkan pengeluaran, syarikat juga mesti memacu agenda kemampanan dalam sektor mereka.



"Kejayaan peralihan hijau Singapura akan bergantung kepada kemahuan kolektif, kecerdasan dan usaha pemerintah, perniagaan, masyarakat dan rakyat," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >