Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pereka fesyen Kate Spade bunuh diri

Jun 06, 2018 | 11:44 AM



NEW YORK: Pereka fesyen Kate Spade, salah satu nama terunggul di arena fesyen Amerika dan dikenali dengan beg tangan, ditemui meninggal dunia semalam di apartmen beliau di New York. 



Beliau berusia 55 tahun.



Seorang jurucakap polis mengesahkan Spade telah membunuh diri. 



Sumber lain yang lebih dekat dengan siasatan tersebut berkata bahawa beliau telah menggantung diri di apartmennya yang terletak di Park Avenue dan telah meninggalkan nota. 



Note tersebut ditujukan kepada anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Frances Beatrix Spade, menurut laporan laman tabloid TMZ.



Berdasarkan sumber dari penguasa undang-undang, TMZ melaporkan bahawa nota tersebut berkata: “Bea- ibu memang sayang kamu. Ini bukan salah kamu. Tanya ayah!” 



Seorang pembantu rumah telah menemui Spade tergantung dalam biliknya dengan menggunakan kain berwarna merah, menurut polis. 



Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 



Suaminya selama 24 tahun, Andy Spade, berada di rumah pada masa itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >