Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Pergerakan jenazah mendiang Encik Lee sejauh 15.4 km, bermula 12.30 petang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pergerakan jenazah mendiang Encik Lee sejauh 15.4 km, bermula 12.30 petang

Mar 27, 2015 | 08:44 AM

UPACARA pengebumian bagi mendiang Encik Lee Kuan Yew akan diadakan di Pusat Budaya Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) mulai 2 petang hingga 5.15 petang, Ahad ini.

Sebelum upacara bermula, jenazah mendiang Encik Lee akan dibawa dari Dewan Parlimen ke UCC bermula sekitar 12.30 petang.

Ia akan disiarkan secara langsung di televisyen dan menerusi dalam talian di www.rememberingleekuanyew.sg.

Pengusungan jenazah itu akan melalui beberapa jalan yang mempunyai beberapa mercu penting sejauh 15.4 kilometer.

Ini termasuk Old Parliament House, City Hall, Padang, NTUC Centre dan Singapore Conference Hall, selain kawasan-kawasan estet.

Orang ramai boleh melingkari jalan-jalan tersebut daripada Dewan Parlimen hingga ke UCC, kata Jawatankuasa Penganjur Pengebumian Negara dalam satu kenyataan hari ini, Khamis.

Upacara di UCC itu akan dihadiri oleh anggota keluarga mendiang, Presiden Singapura, Menteri Kabinet, badan kehakiman, Anggota Parlimen dan para pemimpin luar negara.

Rakyat biasa dari segenap lapisan masyarakat juga akan menyertai upacara tersebut.

Sebanyak 10 eulogi akan disampaikan dalam upacara itu.

Antara yang akan menyampaikannya ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong; ESM Goh Chok Tong; mantan menteri Ong Pang Boon; dan mantan menteri negara kanan, Haji Sidek Saniff.

Selepas ucapara itu, jenazah mendiang Lee akan dibawa ke tempat pembakaran mayat Mandai Crematorium.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3