Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Pergiat usaha mencari dana peningkatan

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



Buah salak di dalam kantung,

Kulitnya keras isinya kelat;

Bulat air kerana pembetung,

Bulat manusia

kerana muafakat.



ITULAH yang diharapkan oleh Masjid Darul Makmur kepada masyarakat dalam usaha untuk mengumpul dana bagi projek peningkatan masjid yang akan bermula hujung tahun ini.



Cogan kata 'Masjid Tanpa Sempadan' bukan sekadar slogan, bahkan menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapai oleh pihak masjid.



Buat masa ini, pihak masjid sedang mempergiat usaha pengumpulan dana untuk peningkatan Masjid Darul Makmur, dengan menganjurkan beberapa acara untuk mencapai sasaran dana yang diperlukan bagi projek peningkatan tersebut.



Pengurus Masjid, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata:



"Kami masih giat menjalankan usaha mengumpul dana dan baru melancarkan pengumpulan dana melalui Projek Ibadah Korban dan mengalu-alukan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat."



Masjid Darul Makmur yang dibangunkan dari tahun 1987, perlu melakukan kerja-kerja peningkatan agar ia dapat menerima lebih ramai lagi jemaah apabila ia siap nanti dan juga memberi keselesaan kepada para jemaah yang semakin bertambah.



Lebih-lebih lagi kerana banyak flat-flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga yang sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan Canberra.



Oleh itu, masjid sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang akan bermula hujung tahun ini.



Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, berkata:



"Usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini telah mencapai 1/3 sasaran dari jumlah dana yang diperlukan, dan kami masih mengharapkan sumbangan derma dari masyarakat untuk mengumpul baki 2/3 kos peningkatan tersebut."



Berkongsi rayuan beliau, Asatizah Kanan Masjid Darul Makmur, Ustazah Suhanah Ahmad, yang giat mengendalikan kelas dewasa untuk golongan wanita berkata:



"Kami berharap setelah selesai peningkatan masjid, ruang yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah, terutama sekali kepada golongan Muslimah yang menghadiri kelas pengajian di masjid ini."



Antara fokus utama sewaktu peningkatan ini ialah menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah dan membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.



Ruang yang lebih luas yang dapat dibahagikan kepada beberapa zon secara tersendiri juga akan dipertimbangkan dalam lakaran pelan peningkatan masjid agar dapat memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa hadapan jika ia diperlukan.



Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur juga akan ditambah sehingga 12 bilik daripada hanya 7 sekarang.



Ini akan dapat menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang jumlah penyertaan kian meningkat. Setakat ini, terdapat lebih daripada 1,000 pelajar yang mengikuti program aLIVE secara sambilan di Masjid Darul Makmur.



"Sewaktu peningkatan nanti, pihak masjid akan berusaha untuk memasang alat audio dan visual yang baik untuk mereka yang mengikuti program pembelajaran Islam di masjid," ujar Encik Izuan.



Dengan adanya sistem visual yang lebih baik juga, pihak masjid merancang untuk menyiapkan skrin terjemahan khutbah Jumaat kepada bahasa lain agar mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dapat bersama-sama menghayati kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu.



Sebelum ini, pihak masjid telah menjalankan beberapa projek pengumpulan dana seperti penjualan Kad EZ-Link, Kitab Al-Quran Waqf Ibtida, Kurma Amal dan Buku Amal yang ditulis oleh Mantan Mufti Singapura, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram.



Buat masa ini, pihak masjid sedang menjalankan ibadah korban di luar negara sebagai salah satu projek mencari dana. Setiap pendaftaran ibadah korban akan menyumbang kepada dana peningkatan masjid.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:



  • PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf).

  • Pindahan Bank ke Akaun: OCBC Current 581-652138001 (Ref: Ramadan).

  • Imbas & dan bayar pada aplikasi iBanking anda.

  • Sumbangan melalui No 1-3, sila hantar tangkap skrin transaksi, nama dan emel anda ke WhatsApp 9789 4148.

  • Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke: 950 Yishun Avenue 2, Singapore 769099.

  • Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2 (pada waktu pejabat)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >