Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergolakan di Gaza: RRG gesa Muslim, bukan Muslim elak sebar kebencian

May 16, 2021 | 05:30 AM



WARGA Muslim dan bukan Muslim digalak agar tidak menyebarkan kebencian dalam talian dan luar talian serta bersama menjaga keamanan dan keharmonian yang dinikmati di Singapura.



Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) berkata meskipun nilai-nilai kemanusiaan diserang di beberapa negara luar, mesej sikap tidak bertoleransi boleh menyebabkan sentimen negatif.



RRG berkata pergolakan di Gaza sungguh malang dan menyedihkan, dan sebilangan besar masyarakat terkesima dengan kekejaman dan bimbang akan arah tuju pergolakan itu.



"Dengan peningkatan insiden keganasan antara Israel dan Palestin, kami berganding bahu dengan warga seluruh dunia dalam mengutuk keganasan tersebut.



"Di samping nilai-nilai kemanusiaan yang diserang, mesej tentang sikap tidak bertoleransi dan perseteruan boleh memicu sentimen negatif. RRG menggesa semua warga Muslim dan bukan Muslim agar tidak menyebarkan kebencian dalam talian dan luar talian serta bersama menjaga keamanan dan keharmonian yang kita nikmati di Singapura,'' ujar RRG, dalam mesej Hari Rayanya di Facebook.



Pada masa yang sama, RRG berkata pandemik Covid-19 yang berlaku di peringkat sejagat telah membuktikan bahawa virus itu tidak membezakan mana-mana pihak.



"Virus tidak mengenali sesiapa, dan kejadian alam tidak dapat dirunding. Ini menjadikan kita lebih kuat dan bersatu sebagai satu masyarakat dan negara untuk memerangi virus tersebut,'' kata RRG lagi.



RRG menambah ia mendukung nilai-nilai kemanusiaan, tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa atau agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >