Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Perisytiharan bersama di forum pertahanan Asean dibatal dek isu Laut China Selatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perisytiharan bersama di forum pertahanan Asean dibatal dek isu Laut China Selatan

Nov 04, 2015 | 12:32 PM

KUALA LUMPUR: Sebuah mesyuarat menteri pertahanan Asia Pasifik membatalkan rancangan mengeluarkan perisytiharan bersama selepas delegasi China melobi agar tindakan Beijing membina pulau di Laut China Selatan tidak disebut, kata seorang pegawai pertahanan Amerika pada Rabu (Nov 4).

"Pemahaman kami ialah tidak akan ada perisytiharan bersama," ujar pegawai itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiar.

Menurutnya, China menentang tindakannya membina pulau buatan kecil yang boleh menampung perkakasan dan anggota tentera, yang bertujuan mengukuhkan tuntutan Beijing ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, disebut dalam satu kenyataan bersama.

Washington berpendapat "pada pandangan kami, tiada perisytiharan lebih baik daripada satu perisytiharan yang mengelakkan isu penting penambakan laut dan pententeraan China di Laut China Selatan", kata pegawai itu.

Menteri pertahanan daripada 10 negara anggota Asean menjadi tuan rumah mesyuarat tahunan dengan rakan serantau mereka, termasuk Amerika dan China, pada pagi Rabu di Kuala Lumpur.

Beijing menganggap sebarang kritikan terhadap tuntutannya dan tindakannya membina pulau buatan sebagai cabaran kepada kedaulatannya.

Pegawai Amerika itu berkata "beberapa negara Asean berasa tidak sesuai" jika tidak disebut tentang kebuntuan mengenai pulau-pulau itu dalam sebuah kenyataan rasmi. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3