Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan pendidikan panjang tidak patahkan semangat ke NUS

Oct 12, 2023 | 07:16 PM



Usah terburu-buru dalam melakukan sesuatu dan harus tetapkan matlamat dalam kehidupan.

Demikian prinsip Encik Marzuki Nooranas Sanip dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Pelajar tahun kedua Universiti Nasional Singapura (NUS) itu menjelaskan kepada Berita Harian (BH):


“Saya menetapkan matlamat untuk belajar hingga ke peringkat universiti tetapi saya ingin lakukannya sesuai dengan keselesaan diri.”

Berkongsi sejarah pendidikannya dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok beliau pada Selasa, ia memaparkan keputusan yang diraihnya bagi Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ pada 2013 sehinggalah kemasukannya ke NUS pada 2022.

Video itu tular dalam kalangan warganet dan setakat ini mempunyai lebih 70,000 tontonan.

Menurut jejaka berusia 28 tahun itu dan anak pertama dalam keluarga yang berjaya melangkah ke peringkat universiti, beliau agak terkejut melihat video tersebut tular dan ingin menjadikannya sebagai sandaran untuk ‘lengkapkan perjalanan’ menuntut ilmu hingga ke menara gading.

Beliau kini mengambil ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian), Komunikasi & Media Baru dan Sosiologi.

Namun, beliau akur perjalanannya untuk mencapai peringkat ini memakan masa agak lama.

Sebabnya, beliau tidak seperti sebahagian besar rakan-rakannya yang meneruskan pendidikan ke maktab rendah (JC) dan politeknik sejurus tamat peperiksaan GCE peringkat ‘O’ pada 2011. Sebaliknya, beliau sekali lagi menduduki peperiksaan itu sebagai calon peribadi pada tahun berikutnya.

“Semasa peperiksaan GCE peringkat ‘O’ pada 2011, saya tidak membuat sebarang persiapan dan tiada motivasi untuk belajar,” jelas anak keempat dalam kalangan enam beradik itu.

Akan tetapi, keputusannya tidak banyak berubah dan beliau kemudian putuskan melanjutkan pendidikan Higher Nitec di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam jurusan Pengajian Perniagaan (Pengurusan Acara) pada 2013 hingga 2015.

Di ITE, Encik Marzuki melihat peningkatan dalam keputusannya – beliau meraih purata mata gred (GPA) 3.0 daripada 4 mata.

Ini meningkatkan semangatnya untuk meneruskan lagi pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan Teknologi Maklumat Bisnes di Politeknik Temasek (TP) dari 2018 hingga 2021 dan berjaya meraih GPA hampir sempurna iaitu 3.89 daripada 4.

Beliau memutuskan berehat sebentar selepas tamat pengajian diplomanya untuk kenal pasti apa yang beliau ingin benar-benar lakukan sebelum melanjutkan pelajarannya di NUS pada 2022.

Beliau berkata: “Semasa di ITE dan politeknik, saya belajar bidang pengkhususan yang ingin saya ceburi.

“Tetapi tempoh selepas tamat politeknik (sambil menanti universiti) adalah detik yang menyedarkan saya apa yang saya ingin lakukan dalam kehidupan.”

Beliau menyifatkan ibunya sebagai sumber dorongan utama dalam pencapaiannya setakat ini dan menjadi “teras sokongan sejak sekolah menengah”.

“Ibu saya merupakan faktor motivasi dan beliau memberi sokongan emosi (dalam mengharungi semua ini),” ujarnya.

Oleh demikian, beliau menggesa orang ramai agar jangan berputus asa dan kuatkan tekad jika ingin mencapai sesuatu matlamat.

Merujuk kepada matlamat meneruskan pelajaran hingga ke menara gading, Encik Marzuki berkata:

“Jangan berhenti berusaha (ke arah apa yang diimpikan) kerana ia akan memberi manfaat lebih baik dalam jangka masa panjang kelak.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >