Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Perkenal lebih banyak program bagi kanak-kanak dari keluarga pertengahan

Mar 02, 2022 | 06:15 AM



MESKIPUN langkah untuk meluaskan sokongan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang bernasib baik amat dialu-alukan, namun Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) berharap lebih banyak program dapat diperkenalkan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan pertengahan di masa hadapan.



Ini terutamanya bagi mereka yang mungkin sedang menghadapi atau perubahan mendadak dalam keadaan kehidupan mereka.



Dalam Belanjawan 2022, pemerintah mengumumkan bahawa program KidSTART akan dipertingkatkan ke seluruh negara



Dalam pada itu, jangkauan Rangkaian Masyarakat Uplift juga akan diperluaskan agar dapat menyokong lebih ramai pelajar dari keluarga yang kurang bernasib baik.



"Langkah ini menzahirkan komitmen yang kuat untuk menangani ketidaksaksamaan seawal mungkin dan memastikan agar setiap kanak-kanak diberi peluang untuk memenuhi potensi mereka," kata beliau.



Dalam ucapan perbahasannya mengenai Belanjawan 2022 di Parlimen semalam, Dr Wan Rizal turut menyentuh tentang kepentingan kesihatan mental dan sokongan yang diberikan.



Beliau menyambut baik pengumuman rancangan yang meluas untuk mempertingkat sokongan bagi kesihatan mental.



Menurutnya, penubuhan pasukan petugas antara agensi bagi kesihatan mental dan kesejahteraan mencerminkan keprihatinan pemerintah dalam mengambil tindakan terhadap stigma kesihatan mental, selain menyokong keperluan rakyat Singapura.



Dr Wan Rizal menukil tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) Kementerian Kesihatan (MOH) yang dikeluarkan pada November tahun lalu, yang menunjukkan bahawa golongan berusia antara 18 dengan 29 tahun membentuk golongan paling ramai mengalami kesihatan mental yang lemah, iaitu pada 21.5 peratus.



Justeru, beliau berharap pasukan petugas itu "dapat memperluaskan jangkauan sokongan mereka kepada kumpulan usia ini dan berharap dengan peningkatan jumlah secara keseluruhan, lebih banyak perkhidmatan psikiatri disediakan".



Walaupun pemerintah boleh menggubal dasar dan garis panduan, ia bukanlah penyelesaian untuk menjadikan Singapura sebuah negara yang prihatin dan inklusif, menurut Dr Wan Rizal lagi.



Oleh itu, beliau menggesa agar para majikan serta semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan mereka.



"Mengecap dengan tidak adil (stigmatisasi) kekal sebagai isu penting. Isu kesihatan mental adalah pelbagai.



"Keperluan untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang kesihatan mental untuk semua kekal penting untuk menghapuskan stigmatisasi dan mewujudkan sistem sokongan yang lebih prihatin," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >