Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Perkilangan SG tumbuh lebih baik dari jangkaan pada Mei

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



PENGELUARAN perkilangan Singapura menunjukkan prestasi lebih baik daripada yang dijangka bulan lalu, didorong permintaan kukuh daripada pasaran 5G dan pusat data untuk semikonduktor.



Pengeluaran kilang meningkat 13.8 peratus dari tahun ke tahun, satu kenaikan daripada peningkatan 6.5 peratus yang disemak pada April, menurut data Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam.



Pertumbuhan bulan lalu melepasi ramalan kenaikan sebanyak 5.5 peratus oleh penganalisis dalam satu tinjauan Bloomberg.



Ia juga menandakan bulan kelapan berturut-turut pengeluaran kilang meningkat.



Tanpa perkilangan bioperubatan, yang susut bulan lalu, pengeluaran meningkat lebih tinggi sebanyak 18 peratus.



Pemulihan ekonomi daripada Covid-19 di serata dunia telah meningkatkan permintaan buat semikonduktor khususnya, dengan rantaian bekalan mendapati sukar memenuhi pesanan, lapor akhbar The Straits Times.



Namun, data terkini memberi isyarat bahawa pertumbuhan kilang mula lembap di seluruh dunia sedang sekatan Covid-19 di China dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine mengganggu rantaian bekalan dan mendorong inflasi meningkat.



Risiko semakin meningkat bagi kemelesetan Amerika Syarikat dan kelembapan di China juga menimbulkan ancaman baru terhadap permintaan perkilangan.



Bagi Singapura, industri elektronik menyaksikan pengeluarannya melonjak 33.6 peratus pada Mei berdasarkan tahun demi tahun, berbanding 10.4 peratus pada April.



Dalam kalangan kelompok itu, bahagian semikonduktor meningkat 45.7 peratus, didorong permintaan kukuh daripada pasaran 5G dan pusat data di tengah-tengah kekurangan cip global, kata EDB.



Pada April, semikonduktor menyaksikan pertumbuhan 12.9 peratus.



Secara keseluruhan, kelompok elektronik tumbuh 17.3 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding tempoh sama setahun lalu.



Kelompok kejuruteraan pengangkutan menyaksikan perkembangan 12.9 peratus pada Mei.



Segmen aeroangkasa mencatat pertumbuhan 27.2 peratus dengan pengeluaran bahagian pesawat lebih tinggi dan lebih banyak kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih daripada syarikat penerbangan komersial sedang sekatan perjalanan udara global dilonggarkan.



Bahagian kejuruteraan kelautan dan luar pesisir meningkat 8.2 peratus disebabkan tahap kerja lebih tinggi yang dilakukan dalam projek luar pesisir.



Secara keseluruhan, kelompok kejuruteraan pengangkutan meningkat 14.7 peratus dalam lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.



Perkilangan umum berkembang 9 peratus, dengan semua segmen mencatat peningkatan pengeluaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >