Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

Perkukuh keluarga sebagai asas masyarakat, terus labur dalam pembangunan awal kanak-kanak

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan mengkaji pilihan penjagaan baru selain kemudahan penjagaan bayi, bagi memenuhi keperluan dan keutamaan yang pelbagai.



Ini sedang ibu bapa meluahkan keinginan bagi pilihan penjagaan lebih banyak buat anak-anak kecil mereka, terutama sekali bayi, menerusi maklum balas yang diraih dalam perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura, atau 'Forward Singapore'.



Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam adendum (kenyataan tambahan) beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob sewaktu pembukaan Parlimen pada Isnin.



Beliau berkata bahawa MSF akan memperkukuh keluarga sebagai asas masyarakat dan terus melabur banyak dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat mengakses prasekolah yang bermutu serta dimampui.



Rancangan Singapura Mesra Keluarga (Singapore Made for Families) 2025 akan dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah negara Singapura di mana semua keluarga dihargai dan disokong, kata Encik Masagos.



Gerakan Keluarga Sepanjang Hayat akan mewujudkan kehadiran di semua bandar menjelang 2025 dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) supaya keluarga mempunyai akses lebih mudah kepada kumpulan sokongan rakan sebaya, persiapan perkahwinan, antara lain.



Bagi keluarga yang berdepan dengan lebih banyak kesukaran, Encik Masagos berkata campur tangan yang datang tepat pada waktunya, seperti sokongan perkahwinan buat kanak-kanak di bawah umur dan perkahwinan muda, sokongan perceraian dan kaunseling keluarga akan disediakan menerusi rangkaian 10 FSC serata pulau yang menawarkan Program Memperkukuh Keluarga.



MSF juga akan meluaskan kapasiti dalam perkhidmatan campur tangan awal dan menjadikan prasekolah lebih inklusif untuk menyokong kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembangunan.



Dalam pada itu, MSF akan terus berusaha ke arah visi di mana wanita dan lelaki kerjasama secara saksama, dan salah satu bidang utama adalah untuk meanggalakkan perwakilan wanita yang lebih besar dalam peranan kepimpinan.



Selain itu, Encik Masagos berkata jaring keselamatan sosial bagi keluarga berpendapatan rendah akan diperkukuh dan MSF akan mengambil pendekatan berdasarkan keluarga untuk memulihkan pesalah belia.



ComCare, katanya, akan dikemaskini secara tetap untuk mencerminkan trend perbelanjaan keluarga berpendapatan rendah.



"Kami juga akan memastikan bahawa perkhidmatan sosial menyeluruh, mudah dan coordinated supaya keluarga mudah terjejas boleh mendapat bantuan yang mereka perlukan dengan cepat dan mudah," ujarnya.



Beliau menambah bahawa mereka sedang mengkaji cara memperkasa keluarga ComLink agar mengambil tindakan lanjut untuk memperbaiki keadaan mereka dan anak-anak mereka, dengan menambah usaha mereka untuk mempertingkat diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >