Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh kerjasama dalam industri dalam tangani penipuan perbankan

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



PENIPUAN perbankan berkaitan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meningkat terus mendedahkan kelemahan dalam prasarana keselamatan siber Singapura.



Apa yang kekal menjadi cabaran ialah dalam menentukan kedudukannya memandangkan rangkaian hari ini yang begitu saling berkait.



Bank, syarikat telekomunikasi, penyedia pembayaran dan agensi pemerintah semua memainkan peranan dalam memperkukuh sistem mereka sendiri, kata pakar yang menyeru adanya kerjasama lebih kuat dalam kalangan industri.



"Tidak ada satu-satunya entiti yang boleh menangani hal ini sendiri. Keselamatan siber ialah sukan berpasukan dan ia sentiasa berubah," kata pengarah keselamatan siber untuk Asean di Cisco, Encik Koo Juan Huat kepada akhbar The Business Times (BT).



Dengan itu, bank yang berurusan langsung dengan wang pelanggan, dijangka memikul lebih banyak tanggungjawab melebihi amaran awam sahaja.



Penipuan perbankan dalam talian kini muncul dalam pelbagai bentuk sedang penjenayah siber menjadi lebih canggih.



Serangan berkaitan SMS, khususnya, telah menjadi semakin tersebar luas walau dengan usaha mendidik pelanggan.



Disember lalu, sekurang-kurangnya $8.5 juta lesap disebabkan penipuan memancing data melalui SMS yang menyamar sebagai pihak bank OCBC.



Seseorang itu juga boleh menjadi mangsa kepada urus niaga tanpa kebenaran meskipun tidak menerima atau mendedahkan kata laluan sekali (OTP) kepada pihak lain.



Antara September dengan Disember 2020, penyerang mendapat akses kepada sistem syarikat telekomunikasi luar negara.



Mereka kemudian mengubah haluan OTP SMS dan mengesahkan transaksi kad palsu berjumlah hingga $500,000, sekali gus menjejas 75 pelanggan bank di Singapura.



Yang pasti, sistem dalaman bank secara umumnya tidak terjejas dalam situasi begitu.



"Tentunya, kita tidak seharusnya mengetepikan pilihan di mana sistem keselamatan bank terjejas, tetapi saya kira kita akan dengar tentang lebih banyak duit yang dicuri sekiranya itu berlaku," pengasas bersama syarikat khidmat sofwe dan teknologi Acronis, Encik Stas Protassov.



Namun sebagai pihak yang disamar, langkah pertahanan bank perlu melindungi lebih daripada sistem mereka sendiri, kata pengurus besar Asia Tenggara di syarikat keselamatan siber dan penyedia antivirus, Kaspersky, Encik Yeo Siang Tiong.



BT difahamkan bahawa salah sebuah bank setempat mempunyai rancangan menghentikan penggunaan hiperpautan dalam semua perhubungan SMS, walaupun untuk tujuan pemasaran.



Beberapa pakar mencadangkan agar pemberi pinjaman menghapuskan SMS sepenuhnya. Kedua-dua sebagai alat perhubungan dengan pelanggan serta saluran selamat untuk OTP.



"Sementara menambah SMS kepada gabungan kata laluan dan nama pengguna meningkatkan keselamatan pada awalnya, penggunaannya yang berlebihan menyaksikan penyerang memberi tumpuan menyerang saluran Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA) SMS, yang telah mengurangkan manfaat keselamatannya," ujar konsultan keselamatan sofwe Synopsys, Encik Jamie Boote.



Lebih banyak yang boleh dikatakan tentang protokol keselamatan bagi urus niaga kad kredit dan debit dalam talian, yang juga kebanyakannya berdasarkan SMS.



"Ia tentunya tidak menggalakkan penyerang mengejar kad, membuatkan ia lebih mudah bagi mereka untuk menyasarkan akaun secara langsung, kata Encik Protassov.



Infografik: PENIPUAN PERBANKAN DALAM TALIAN YANG BIASA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >