Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlembagaan wajar papar iltizam kesaksamaan jantina

Shanmugam beri pandangan peribadi dalam forum kupas isu wanita
Mar 10, 2021 | 05:30 AM



PERLEMBAGAAN Singapura wajar memaparkan iltizam mengiktiraf hak sama rata lelaki dan wanita, ujar Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.



Namun, beliau menekankan bahawa kenyataan itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili pandangan pihak pemerintah.



Usulan tersebut diluahkan ketika menjawab soalan pelajar yang bertanya kalau Perlembagaan boleh dirombak supaya lebih menonjolkan unsur kesamaan jantina.



"Secara peribadi, kita wajar mewujudkan iltizam menerusi Perlembagaan kerana Perlembagaan itulah yang memandu nilai (dan) ke mana hala tuju masyarakat," ujarnya.



Beliau berkata demikian sebagai anggota panel forum Tembusu berkenaan isu wanita anjuran Kolej Tembusu Universiti Nasional Singapura (NUS) kelmarin. Forum itu dikendalikan rektor kolej tersebut dan diplomat terkemuka Profesor Tommy Koh, lapor The Straits Times .



Sehubungan itu, Encik Shanmugam berkata tidak mudah hendak merombak duduk perkara kerana pelbagai usaha lain harus dinilaikan semula.



"Pada sudut pandangan lain (dan ini kekangan dari segi penggubalan dasar), kita tidak mahu menyakiti juga mereka yang menjadi sasaran bantuan sebegini," tambahnya.



Lanjutan itu, beliau menghuraikan cara rombakan sedemikian boleh menjejas syarikat di sini.



"Kita enggan menghadapi pula pelbagai kes mahkamah melibatkan syarikat tersebut dan ekonomi negara.



"Setiap kali mengenalkan peraturan ke atas syarikat, kita harus memikirkan perkara selanjutnya yang mungkin terjejas (trade-offs).



"Kalau sesuatu perkara dimasukkan ke dalam Perlembagaan, soalannya di sini ialah adakah langkah itu mencetuskan sifat kurang fleksibel atau memaksa syarikat serta sektor ekonomi menghadapi kes sama berdasarkan tuduhan diskriminasi.



"Sungguhpun demikian, ada baiknya kalau kita mampu mengimbangi dua keperluan itu. Itulah perkara sewajarnya," ujar Encik Shanmugam.



Seorang lagi anggota panel perbincangan ialah pengarah eksekutif Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware), Cik Corinna Lim.



Beliau mengetengahkan bahawa semasa Piagam Wanita dicipta pada 1961, beberapa pihak mahu peraturan itu merangkumi peruntukan antidiskriminasi.



"Bantahan tidak didengari. Sudah lama dibahaskan sama ada kita patut memiliki perlindungan daripada diskriminasi ataupun tidak," ujarnya.



Dalam mukadimahnya, Encik Shanmugam berkata bahawa keadaan tampak positif berkenaan kedudukan wanita di Singapura.



Singapura mungkin berjaya contohnya dari segi mendidik golongan wanita tetapi lebih banyak usaha harus dilaksanakan contohnya membantu wanita menguruskan pelbagai peranan terutama meniti usia dewasa. Selain itu, isu keganasan rumah tangga masih wujud, tambahnya.



Akhir kata, beliau menekankan kepentingan mengubah sikap.



"Sejak kecil, sikap mulai dipupuk. Terdapat perbezaan antara lelaki dengan wanita tetapi saya rasa pendekatan terbaik dalam hal ini ialah tidak berkata semua boleh dijalankan secara saksama. Kita patut berkata bahawa semua insan memiliki peluang saksama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >