Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan lebih luas MediShield Hayat disaran tahun depan; subsidi Covid-19 diperkenal bagi kurangkan kesan kenaikan premium

Sep 29, 2020 | 08:11 PM



PEMERINTAH akan memperluaskan faedah yang ditawarkan MediShield Hayat mulai tahun depan bagi membolehkannya menampung bil hospital yang lebih banyak dan lebih besar.



Had tuntutan tahunan juga akan dinaikkan dari $100,000 kepada $150,000 seperti yang diusulkan.



Demikian jelas satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (29 September).



Bagi membayar faedah tambahan ini dan menampung kenaikan kos penjagaan kesihatan, premium dijangka meningkat tahun depan sebanyak 35 peratus.



Langkah ini merupakan kenaikan premium pertama bagi insurans kesihatan wajib sejak ia dilancarkan lima tahun lalu.



Bagi faedah yang lebih luas, kenaikan premium yang dicadangkan akan melebihi $500 setahun.



Namun, melihat pada tempoh sukar yang dihadapi warga Singapura kini, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, menjelaskan pemerintah akan mengurangkan kesan kenaikan premium itu dengan mengenalkan subsidi khas Covid-19 bagi dua tahun pertama.



Pada tahun pertama, semua warga Singapura akan mendapat subsidi 70 peratus atas kenaikan tersebut.



Peratusannya akan dikurangkan kepada 30 peratus pada tahun kedua.



Langkah yang diperkenalkan ini menelan belanja $360 juta.



Ini adalah selain subsidi yang sedia ada sebanyak 15-50 peratus yang diberikan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah, serta 40-60  peratus bagi Generasi Perintis.



Generasi Merdeka pula menerima subsidi tambahan lima hingga 10 peratus.



Secara keseluruhannya, subsidi bagi tiga tahun mendatang berjumlah $2.2 bilion.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >