Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu kaji alasan bapa tidak ambil cuti paterniti: AP

Sep 18, 2023 | 07:37 PM



Meskipun cuti paterniti akan ditambah kepada 28 hari mulai tahun depan, daripada 14 hari sekarang, adalah penting untuk terus menjejak dan mengkaji sama ada cuti itu dimanfaatkan kaum bapa.

Untuk memastikan Singapura dapat melangkah ke depan dalam menggalak penglibatan kaum bapa dalam penjagaan anak, adalah juga perlu mengkaji alasan utama cuti paterniti tidak dimanfaatkan mereka.

Pada masa sama, tempat kerja yang lebih adil memainkan peranan utama dalam menggalak bapa memanfaat cuti paterniti sepenuhnya.

Itu antara isu utama yang diketengahkan Anggota Parlimen (AP) berkaitan pindaan ke atas Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (CDCA) yang dibentangkan bagi pembacaan kedua di Parlimen pada Isnin.

Jika rang pindaan itu diluluskan, bapa akan menikmati Cuti Paterniti Dibayar Pemerintah (GPPL) selama empat minggu bagi anak warga Singapura yang lahir mulai 2024.

Di samping itu, cuti Jagaan Bayi Yang Tidak Dibayar (UICL) akan digandakan daripada enam kepada 12 hari setahun bagi ibu bapa anak berusia dua tahun ke bawah setiap seorang.

Ini merupakan langkah pemerintah Singapura ke arah “membiasakan penglibatan bapa” dalam masyarakat Singapura, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin.

Langkah ini menyusuli pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2023 mengenai peluasan kepada langkah Sokongan Perkahwinan dan Keibubapaan.

“Rang undang-undang ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk mewujudkan Singapura yang meletakkan nilai yang tinggi dan menyokong kesejahteraan keluarga,” kata Cik Sun.

Dalam memastikan bapa dapat memanfaatkan cuti paterniti mereka, pemerintah perlu memantau dengan aktif bagi memastikan bapa tidak “didenda” oleh majikan apabila melakukan demikian, kata Cik He Ting Ru (GRC Sengkang).

Cik He turut menyarankan agar Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menjalankan tinjauan untuk mengkaji alasan di sebalik cuti paterniti tidak digunakan.

“Kita sering dengar bahawa ini juga merupakan isu budaya, tekanan daripada majikan serta kebiasaan masyarakat adalah antara sebab bapa tidak menggunakan cuti paterniti.

“Pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan secara aktif bahawa majikan tidak mengenakan denda terhadap bapa yang memanfaatkan skim cuti untuk ibu bapa ini, dan untuk melihat kesannya terhadap usaha kita menggalak sokongan lebih tinggi bagi keluarga serta ibu bapa muda,” kata Cik He.

Menyokong pindaan yang diusul itu, Encik Melvin Yong (SMC Radin Mas) menyarankan agar pemerintah mengkaji sama terdapat kaitan antara mutu keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan yang ditawarkan majikan serta jumlah kakitangan yang memilih mendirikan rumah tangga.

Kajian itu akan memberi perspektif tentang amalan di tempat kerja yang perlu disesuaikan atau ditetapkan dalam undang-undang untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih sesuai, bagi menggalak warga Singapura mendirikan rumah tangga, tambah Encik Yong.

Beliau turut menyarankan penubuhan penasihat tiga pihak bagi memastikan kesejahteraan mental di tempat kerja mencapai piawaian, supaya norma jelas dapat ditetapkan berkaitan komunikasi di luar waktu kerja.

Perbincangan mengenai pindaan yang diusul itu akan diteruskan pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >