Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Perlu labur sekarang hurai cabaran jangka panjang bagi generasi hari muka

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang mempertingkat pelaburan jangka panjang antara generasi bagi memastikan ia bersedia menghadapi kesan perubahan iklim pada masa akan datang, ujar Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Pelaburan jangka panjang ini mencerminkan kompak sosial antara generasi yang kukuh di mana warga Singapura memperuntuk sumber demi kesejahteraan generasi akan datang, katanya.



Menjelaskan pendekatan tersebut, Cik Fu menukil contoh langkah yang diambil bagi melindungi kawasan pantai Singapura daripada ancaman paras air laut yang semakin tinggi.



"Ia akan mengambil masa berdekad lamanya dan memerlukan pelaburan jangka panjang dalam mencari huraian dan keupayaan yang diperlukan dalam melaksanakannya.



"Pelaburan ini perlu bermula hari ini dan perlu diusahakan generasi sekarang, jika kita ingin mengatasi cabaran jangka panjang ini pada masa depan," kata Cik Fu, pada perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen.



Kompak sosial antara generasi ini juga dapat dilihat melalui keselamatan makanan, kata Cik Fu, dengan sasaran Singapura menghasilkan 30 peratus daripada makanannya sendiri menjelang 2030.



Beliau menambah bahawa ini merupakan langkah "insurans terhadap gangguan bekalan makanan sistemik" bagi generasi akan datang, dalam menghadapi risiko cuaca ekstrem, ketegangan geopolitik serta penularan wabak yang lebih tinggi.



Cik Fu juga menekankan usaha itu memerlukan komitmen serta kerjasama berterusan daripada sektor awam, swasta dan anggota masyarakat.



Setelah pengeluar makanan tempatan meningkatkan jumlah bekalan mereka, pembeli - baik daripada golongan masyarakat awam mahupun industri - perlu mengekalkan permintaan supaya ladang makanan di sini kekal berdaya maju secara komersial.



"Dengan memperkukuh pengeluaran makanan kita hari ini, kita boleh memastikan keselamatan bekalan makanan kita pada hari esok.



"Membina masa depan yang berdaya tahan memerlukan pelaburan hari ini," ujar Cik Fu.



Singapura juga perlu membuat pelaburan jangka panjang dalam membina keupayaan dan memulakan langkah ke arah penggunaan huraian inovasi dan teknologi lain.



Selain memastikan keselamatan makanan dan melindungi pantainya daripada ancaman paras air laut yang semakin tinggi, langkah lain termasuk memanfaatkan tenaga rendah karbon, mempertingkat pemahaman sains iklim dan kesan serantaunya, serta mengubah kebiasaan harian dalam kehidupan secara kolektif.



Antaranya dengan meninggalkan 'budaya pakai buang', yang merupakan satu perubahan besar yang perlu dibuat Singapura dalam masa terdekat, kata Cik Fu sambil menggesa setiap segmen masyarakat supaya memainkan peranan.



Beliau memberi contoh pelanggan boleh menggunakan beg boleh dipakai semula untuk membeli-belah dan mengitar semula bungkusan produk yang dibeli bagi mengurangkan sisa.



Industri boleh membentuk budaya lebih mesra alam dengan mengambil kira kos persekitaran.



Pemerintah boleh mengusulkan dasar yang membantu ke arah mencapai matlamat tersebut, seperti skim wang deposit dikembalikan sebaik kotak, tin atau botol air dikitar semula.




"Ia akan mengambil masa berdekad lamanya dan memerlukan pelaburan jangka panjang dalam mencari huraian dan keupayaan yang diperlukan dalam melaksanakannya.
Pelaburan ini perlu bermula hari ini dan perlu diusahakan generasi sekarang, jika kita ingin mengatasi cabaran jangka panjang ini pada masa depan."
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, memberi contoh langkah melindungi kawasan pantai Singapura daripada ancaman paras air laut yang semakin tinggi sebagai pelaburan merentas generasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >