Perlu pertimbang teliti pemilihan sekolah menengah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Perlu pertimbang teliti pemilihan sekolah menengah

Jika skor PSLE sama, warga SG diutamakan, diikuti pelajar yang letak sekolah pilihan di kedudukan lebih tinggi
Apr 28, 2021 | 05:30 AM

PELAJAR dan ibu bapa dinasihati mempertimbang urutan pilihan sekolah menengah mereka dengan teliti kerana ia akan menjadi lebih penting dalam menentukan sekolah menengah mana yang pelajar akan ditempatkan.

Ini memandangkan urutan sekolah yang menjadi pilihan merupakan salah satu pematah seri sekiranya pelajar yang mempunyai skor ujian peperiksaan sekolah rendah (PSLE) yang sama ingin merebut tempat terakhir di sekolah tersebut, umum Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.

Dalam latihan penempatan Menengah Satu, pelajar akan terus mempunyai enam pilihan apabila memilih sekolah menengah mereka dan akan ditempatkan berdasarkan merit akademik di mana pelajar yang mempunyai skor lebih baik akan didahulukan.

Kini berdasarkan sistem penempatan Menengah Satu yang baru, pelajar yang mempunyai skor PSLE yang sama dan ingin merebut tempat terakhir di sekolah pilihan akan dikenakan beberapa pematah seri.

Pertama sekali berdasarkan kewarganegaraan di mana warga Singapura akan diutamakan, diikuti dengan penduduk tetap Singapura dan kemudian pelajar antarabangsa, kata MOE.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tetapi sekiranya pelajar mempunyai skor PSLE dan status kewarganegaraan yang sama, pelajar yang meletakkan sekolah pilihan itu di kedudukan lebih tinggi akan diutamakan.

Jika kedudukannya pula sama, pelajar akan dikenakan pengundian berdasarkan komputer.

Menjawab pertanyaan wartawan, jurucakap MOE menganggarkan bahawa 1 dalam 10 pelajar akan perlu menjalani pengundian berdasarkan komputer itu sekiranya skor PSLE, kewarganegaraan dan urutan sekolah mereka sama.

Jumlah ini, menurutnya, sama dengan tahun-tahun sesudah.

Kebanyakan pelajar kemungkinannya akan berjaya ditempatkan ke salah satu daripada enam pilihan sekolah mereka, yang setanding dengan sistem skor-T.

Jurucakap MOE berkata sedang Singapura beralih daripada terlalu menekankan keputusan akademik dan "mengejar mata terakhir", ibu bapa perlu memahami bahawa perubahan yang sebenar-benarnya memerlukan perubahan dari segi pemikiran.

"Kami ingin sangat menggalakkan ibu bapa dan pelajar untuk meneroka peluang yang paling memenuhi keperluan pembelajaran dan pembangunan pelajar secara keseluruhan apabila memilih sekolah menengah.

"Justeru di samping merujuk kepada anggaran mata potongan dan julat skor, faktor penting seperti program sekolah, tawaran kegiatan kokurikulum (CCA), etos, budaya serta jarak kepada sekolah sememangnya pertimbangan yang sangat penting," tambah jurucakap itu.

Ibu bapa juga dinasihati mempertimbang kekuatan pelajar, minat dan stail pembelajaran mereka apabila membuat pilihan sekolah supaya dapat membantu pelajar berkembang dengan sebaiknya.

Mereka juga dinasihati mempertimbang sekurang-kurangnya dua hingga tiga sekolah di mana skor PSLE pelajar lebih baik daripada anggaran mata potongan sekolah itu, tambah MOH.

Ibu bapa patut menggunakan sumber sedia ada seperti laman web sekolah atau wadah MOE contohnya portal dalam talian SchoolFinder.

Di samping itu, pelajar juga boleh mempertimbang Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) sebagai laluan kemasukan alternatif.

DSA mengiktiraf bakat dan pencapaian pelajar yang pelbagai dalam bidang yang tidak ditonjolkan di PSLE, contohnya sukan, seni persembahan dan kepimpinan.


SEKOLAH MENENGAH YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA

TANYA:

Apakah kekuatan, minat serta kebolehan mereka?

  • Apakah jenis kursus, program serta peluang yang mampu membangunkan ciri-ciri itu?
  • Adakah rentak pembelajaran sesuai buat mereka?

PERTIMBANGKAN:

  • Budaya sekolah
  • Kursus
  • Program, Subjek dan CCA yang ditawarkan
  • Lokasi dan pengangkutan
  • Jika anak anda mempunyai keperluan pendidikan khas, pilih sekolah yang menawarkan kemudahan atau sumber khusus

SERAHKAN:

  • 6 pilihan sekolah
    Agar anak anda lebih mudah mendapat tempat di sekolah pilihan
  • Sekolah yang menawarkan anggaran mata potongan yang berbeza
    Pertimbangkan sekurang-kurangnya 2-3 sekolah di mana Skor PSLE anak anda lebih baik daripada anggaran mata potongan sekolah itu

RUJUK KEPADA:

SchoolFinder MOE
Pilih sekolah berdasarkan subjek yang ditawarkan, aktiviti kokurikulum, lokasi serta maklumat sekolah.

URUTAN PILIHAN SEKOLAH PENTING

Lagi tinggi anda meletakkan sekolah pilihan anak anda dalam urutan pilihan sekolah, lagi mudah bagi anak anda untuk diterima masuk ke dalam sekolah itu sekiranya terdapat pematah seri.
Harap maklum bahawa anggaran skor PSLE sekolah berubah dari tahun ke tahun, memandangkan ianya bergantung pada prestasi setiap kohort dan corak pemilihan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map