Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Perlu sedia pelbagai peluang bantu warga lakar hala tuju ke hadapan

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



MERITOKRASI MAMPAN



DALAM persekitaran yang semakin tidak menentu, pemerintah mesti mengelak daripada menstruktur sistem dan proses secara berlebihan untuk memberikan warga rasa selamat yang palsu dan pada masa yang sama menghakis kebolehan mereka mengendalikan dunia yang tidak menentu.



Demikian kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing dalam ucapannya dalam perbahasan Ucapan Presiden.



Sebaliknya, beliau berkata pemerintah mesti menyediakan pelbagai peluang yang membolehkan warga Singapura melakar hala tuju ke hadapan mereka sendiri.



"Kita mesti menyediakan pelbagai laluan dengan pelbagai metrik kejayaan, sambil melengkapkan warga kita dengan kemahiran hidup yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam abad ke-21 untuk membolehkan mereka melakarkan hala tuju mereka sendiri, mengikut kekuatan dan bakat masing-masing," ujar Encik Chan.



Dalam ucapannya, beliau juga mengetengahkan perangkap meritokrasi, termasuk meritokrasi yang berasaskan metrik statik dan sempit bagi bakat dan keupayaan.



Ini kerana sistem sedemikian tidak akan membolehkan kita membangunkan masyarakat yang berdaya tahan dengan kepelbagaian kekuatan untuk mengharungi cabaran hari esok, katanya.



Hal tersebut penting kerana sedang masyarakat berubah, keperluan mereka juga sentiasa berubah dan kerelevanan dan daya saing Singapura sebagai sebuah negara bergantung kepada keupayaan warganya untuk berkembang mengikut peredaran masa.



"Walaupun meritokrasi secara amnya berfungsi dengan baik bagi Singapura setakat ini...kita juga akui bahawa sistem kita tidak sempurna.



"Kita mesti menyedari bahawa meritokrasi, dengan sendirinya, bukanlah penawar untuk semua cabaran masyarakat kita," ulas beliau.



Perangkap meritokrasi kedua, tambah Encik Chan, ialah memberi ganjaran kejayaan berdasarkan titik yang telah ditetapkan dalam kehidupan dan pada masa yang telah ditentukan.



"Lain orang menunjukkan kebolehan yang berbeza pada masa yang berbeza.



"Kita mesti mempunyai sistem 'meritokrasi berterusan', di mana tiada satu ujian atau titik masa yang menentukan sepanjang hayat seseorang.



"Meritokrasi berterusan ini mesti melangkaui sistem pendidikan, sepanjang hayat," katanya.



Bahaya ketiga meritokrasi ialah stratifikasi dari semasa ke semasa.



Tidak dapat dielakkan bahawa mereka yang berjaya akan cenderung untuk bergaul sesama sendiri, mewujudkan kalangan sosial eksklusif dan bukannya berkongsi modal sosial.



Ia juga merupakan fitrah manusia yang ingin mewariskan harta dan hak istimewa kepada anak-anak kita, kata Encik Chan.



Namun, ini berisiko mewujudkan situasi di mana meritokrasi menjadi lebih sukar bagi golongan yang kurang bernasib baik, kerana secara relatif, permulaan mereka menjadi semakin jauh di belakang berbanding golongan berkemampuan.



"Kita tidak boleh membiarkan perkara ini tidak terkawal, atau ia akan secara beransur-ansur memecah-belahkan masyarakat, menjejaskan perpaduan kita dan menghakis keinginan kita untuk membangunkan bakat dan keupayaan daripada setiap individu dalam masyarakat, dan bukannya hanya segelintir orang yang mempunyai keistimewaan," ujar Encik Chan.



Beliau turut mengingatkan bahawa kepercayaan bahawa kejayaan seseorang adalah dikaitkan sepenuhnya dengan bakat dan kerja kerasnya semata-mata adalah pemikiran yang salah.



Ini kerana masyarakat juga turut memainkan peranan dalam membolehkan individu itu mencapai kejayaannya.



Oleh itu, terdapat keperluan untuknya menabur bakti semula kepada masyarakat, menegakkan sistem dan mengukuhkan masyarakat, serta terus menolak stratifikasi sosial.



Dalam pada itu, Encik Chan berkata Singapura perlu mengukuhkan perpaduan dan jaminan kolektif, tanpa menghakis tanggungjawab individu.



Masyarakat harus bersatu untuk meraikan pelbagai bentuk kebolehan dan sumbangan, dan mengiktiraf dan menghormati semua yang menyumbang dengan cara yang berbeza kepada masyarakat.



"Kita memahami merit sistem kita dan sejauh mana ia telah membantu kita melangkah sejauh ini sebagai sebuah masyarakat.



"Namun kita tidak pernah leka dan berfikir bahawa kita boleh berhenti menambah baik sistem ini.



"Tanda kejayaan kita bukan hanya sejauh mana kita membolehkan generasi ini mencapai kejayaan, tetapi seberapa baik kita menetapkan syarat untuk generasi akan datang melakukan lebih baik daripada kita," ujar beliau.




“Lain orang menunjukkan kebolehan yang berbeza pada masa yang berbeza. Kita mesti mempunyai sistem ‘meritokrasi berterusan’, di mana tiada satu ujian atau titik masa yang menentukan sepanjang hayat seseorang. Meritokrasi berterusan ini mesti melangkaui sistem pendidikan, sepanjang hayat.”



– Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >