Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perluas kepentingan bersama dalam kehidupan berbilang agama: DPM Heng

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak terlepas daripada sebarang kesalahan agama, dan sebagai masyarakat terbuka, rakyatnya terdedah kepada pengaruh yang dapat memecahbelahkan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Lantaran itu, sedang masyarakat berkembang, rakyat Singapura juga perlu terus memperkukuh keharmonian, bukan hanya antara agama malah dengan semua lapisan masyarakat



Ini dapat dilaksanakan dengan terus mengembangkan kepentingan bersama, kata Encik Heng semasa berucap di sambutan ulang tahun Pertubuhan Antara Agama (IRO) yang ke-72 di Persatuan Kuil Lorong Koo Chye Sheng Hong semalam.



"Semua agama mempunyai banyak nilai bersama yang asas, seperti kasih sayang, rasa hormat, dan empati.



"Ini adalah nilai teras yang harus kita semua hargai dan perkukuhkan, sama ada kita mempunyai agama atau tidak.



"Apabila terdapat perbezaan pandangan, kita tidak boleh jatuh ke dalam pemikiran bahawa ia 'Kita lawan Mereka', yang akan meracuni dan memecahbelahkan masyarakat kita," tegas Encik Heng.



Sebaliknya beliau menekankan bahawa masyarakat di sini perlu sedar bahawa penting untuk memahami kaum dan agama lain dengan lebih baik dan membuat penyesuaian dari semasa ke semasa.



Menurutnya, ini merupakan cara bagaimana Singapura mampu mengekalkan perpaduan agama, iaitu "melalui penghargaan, bukan konfrontasi serta melalui rasa hormat, bukan menganggap agama sendiri lebih suci".



Encik Heng turut menarik perhatian bahawa terdapat sebahagian besar mereka yang tidak mempunyai agama dalam kalangan masyarakat Singapura - satu trend yang juga dapat dilihat di negara-negara lain.



Sehingga hari ini, kumpulan itu membentuk sekitar 20 peratus penduduk Singapura yang berusia 15 tahun ke atas, meningkat 3 peratus berbanding sedekad yang lalu menurut beliau.



"Ini bukan sebuah kumpulan yang kecil. Namun ia juga bukan kumpulan monolitik, kerana mereka terdiri daripada orang-orang daripada pelbagai latar belakang.



"Oleh itu, kita mesti memperkukuhkan lagi keharmonian bukan hanya di antara agama, bahkan dengan semua lapisan masyarakat," katanya.



Sedang negara ini bergerak maju, dasar terhadap kaum dan agama tidak akan kekal statik dan akan terus berkembang.



Justeru, organisasi seperti IRO memainkan peranan penting dalam mengembangkan kepentingan bersama ini.



"Usaha IRO membantu menyatukan masyarakat bagi membina persefahaman dan kepercayaan yang lebih baik," tambah Encik Heng.



Sempena ulang tahunnya semalam, IRO juga meraikan statusnya sebagai Institusi Bertaraf Awam (IPC).



Ia akan membolehkan badan itu meluaskan lagi usahanya dalam membina keharmonian antara agama di sini.



Di majlis yang turut dihadiri Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong serta pemimpin agama lain, IRO juga telah memperkenalkan daya usaha baru dalam memperkukuhkan lagi kerjasama dengan organisasi lain.



Dikenali sebagai "Rakan IRO", ia kini mempunyai empat ahli terdiri daripada OnePeople.sg, Roses of Peace, Far East Organisation dan Thye Hua Kwan Moral Society.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >