Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan besar untuk vaksin Sinopharm di firma jagaan kesihatan swasta setempat

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



FIRMA penjagaan kesihatan swasta di sini melihat permintaan besar bagi vaksin Sinopharm Covid-19 dilancarkan di sini.



Ia merupakan vaksin Covid-19 keempat yang ditawarkan di Singapura.



Vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna merupakan vaksin mRNA sementara vaksin Sinovac pula menggunakan virus yang tidak aktif.



Hospital Gleneagles - sebahagian daripada penyedia penjagaan kesihatan IHH Healthcare Singapore - melancarkan vaksin Sinopharm secara rasmi kepada orang awam mulai hari ini.



IHH juga akan memenuhi permintaan di Hospital Mount Elizabeth, dan dua klinik Parkway Shentonnya di One Raffles Quay dan Duxton.



Vaksin itu juga ditawarkan di beberapa hospital dan klinik lain, seperti klinik firma penjagaan kesihatan Clearbridge Health, Medic Surgical and Laser Clinic di Tanjong Pagar Plaza.



Vaksin Sinopharm itu akan diberikan dalam dua dos, dengan jarak antara dos pertama dengan kedua adalah empat minggu. Ia diluluskan bagi kegunaan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.



Laluan Akses Khas (SAR) Singapura membolehkan penyedia penjagaan kesihatan membawa masuk vaksin Sinopharm dan Sinovac kerana ia vaksin di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Serupa dengan Sinovac, vaksin Sinopharm dibuat daripada virus tidak aktif terdiri daripada protein pepaku Sars-CoV-2.



Apabila disuntik ke dalam tubuh, vaksin itu akan mencetuskan respons imun badan dan mengajarnya membuat antibodi melawan virus itu.



Virus yang tidak aktif juga digunakan dalam vaksin bagi polio, hepatitis A dan selesema.



Kadar keberkesanan vaksin Sinopharm yang dilaporkan ialah 79 peratus, lebih tinggi berbanding 51 peratus bagi Sinovac.



Sehingga Jumaat lalu, lebih 6,000 orang telah menyatakan minat untuk mendapatkan vaksin Sinopharm dari IHH, kata ketua pegawai operasi Noel Yeo.



"Semasa hujung minggu, lebih ramai orang menghubungi kami, dan ia kini dengan mudah mencapai 10,000 orang… kami mempunyai lebih ramai orang daripada vaksin. Ia sangat popular," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >