Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan umrah S’pura kekalstabil walau ada konflik Israel-Hamas

Dec 02, 2023 | 05:30 AM



Permintaan umrah kekal stabil bagi musim cuti sekolah hujung tahun, di sebalik ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Demikian sentimen yang dikongsi ejen penjualan (GSA) pakej haji dan umrah yang dihubungi Berita Harian (BH).


BH menghubungi enam GSA tetapi hanya empat memberi respons.

Rata-rata, mereka berkongsi bahawa warga Singapura masih meneruskan rancangan umrah dan tidak melihat jumlah permintaan terjejas.

Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata jemaah umrah bagi November dan Disember masih meneruskan rancangan mereka meskipun keadaan di Timur Tengah kurang stabil – khususnya konflik Israel-Palestin.

Beliau, yang juga Setiausaha Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), berkata: “Kami percaya sejauh ini untuk November dan Disember bahawa warga Singapura masih meneruskan rancangan ibadah umrah.

“Apa yang berlaku dalam konflik Israel-Hamas tidak menjejas (permintaan) warga Singapura melaksanakan umrah.”

Pemerhatian serupa turut dikongsi pengarah Hamidah Travel & Tours Pte Ltd, Encik Badruzzaman Abdul Majid.

Beliau berkongsi permintaan pakej umrah kendalian syarikatnya untuk November dan Disember kekal kukuh.

Bahkan, beliau menyaksikan peningkatan 30 peratus bagi kumpulan jemaah yang mengikut pakej umrah kendalian syarikatnya untuk November dan Disember 2023 berbanding tempoh sama pada 2022.

“Kami ada 22 kumpulan yang berangkat (untuk melaksanakan umrah) bagi November dan Disember tahun ini,” ujarnya.

Sungguhpun demikian, sebahagian ejen pelancongan mendapati terdapat kemungkinan permintaan menguncup sedikit dalam bulan-bulan mendatang ekoran redanya permintaan terpendam daripada Covid dan pilihan umrah buat kendiri (DIY).

Pengurus besar Halijah Travel Pte Ltd, Encik Haffidz Abdul Hamid, menjelaskan walaupun syarikatnya melihat permintaan umrah bagi musim cuti hujung tahun 2023 adalah lebih kurang sama dengan 2022, permintaan umrah menguncup di luar musim cuti sekolah pada 2023 berbanding 2022.

“Permintaan terpendam dek sekatan Covid telah sebahagian besarnya dipenuhi tahun lalu.

“Terdapat juga peningkatan pada jumlah jemaah yang melakukan umrah secara kendiri, lebih-lebih lagi bagi lawatan biasa ke destinasi lain,” tambah beliau.

Dalam laporan BH pada Ogos, Encik Haffidz menjangkakan jemaah umrah DIY dari Singapura untuk meningkat secara beransur bagi beberapa tahun seterusnya.

Beliau meletakkan anggaran peningkatan sekitar 10 peratus tahun ke tahun.

Dalam pada itu, sebahagian besar ejen pelancongan di bawah Amtas yang sebelum ini menawarkan pakej pelancongan atau umrah sambil wisata ke Baitulmakdis atau Tel Aviv di Israel, kini hanya tertumpu pada penawaran pakej umrah.

Ada yang menumpukan wisata ke destinasi alternatif luar dari kawasan konflik seperti Jordan, kata Ustazah Juyda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >