Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan wisata kukuh walau harga tinggi

Tempahan meningkat sejak sempadan dibuka
May 20, 2022 | 05:30 AM



Apakah rakyat Singapura sudah membuat pelbagai persediaan untuk melancong ke luar negara dengan pembukaan sempadan sekarang? Apakah pula langkah-langkah perlindungan yang perlu mereka ambil? Apakah pula destinasi popular yang ingin dikunjungi masyarakat Melayu di sini? BERITA HARIAN mendapatkan pandangan beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui trend pelancongan terkini dalam kalangan masyarakat Melayu.




PERMINTAAN bagi perjalanan dalam kalangan rakyat Singapura dengan pembukaan semula sempadan baru-baru ini terus menunjukkan trend yang kukuh meski sedang harga perjalanan terus melonjak akibat inflasi.



Ejen pelancongan yang dihubungi Berita Harian berkata, walaupun kos untuk melancong telah meningkat, kebanyakan rakyat Singapura masih tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar negara terutama semasa musim cuti sekolah bulan Jun depan.



Tempahan bagi beberapa pakej pelancongan ke negara yang lebih gemar dikunjungi masyarakat Muslim seperti Turkey, Sepanyol, dan Maghribi juga menyaksikan peningkatan.



Pengarah Travelconnect.sg, Ustaz Nafis Rahman, berkata permintaan untuk melancong sepanjang tahun ini terus meningkat jika dibandingkan dengan tempoh semasa sempadan dibuka pada November tahun lalu.



"Ketika sempadan baru dibuka, anggaran hanya dua kumpulan penerbangan sahaja setiap bulan.



"Tetapi kini, kami mendapati bilangannya meningkat kepada enam hingga sepuluh kumpulan penerbangan setiap bulan," ujarnya.



Di samping itu, ejen pelancongan yang dihubungi turut melaporkan bahawa pelbagai pertanyaan diterima bagi pelancongan ke destinasi popular berdekatan, yang juga merupakan antara destinasi yang kerap dikunjungi rakyat Singapura, prapandemik.



Ini termasuk ke negara seperti Timur Tengah, Australia dan Malaysia.



Penolong Pengurus WTS Travel, Cik Charmane Sia, berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan bagi pakej pelancongan ke negara yang tidak memerlukan sebarang ujian pra-keberangkatan dilakukan ke atas pelancong.



Antara tempat yang kerap ditanya ialah Resorts World Genting di Malaysia.



"Buat masa ini, kami mempunyai keberangkatan setiap hari ke Genting dan kami akan menyediakan lebih banyak koc untuk membawa lebih ramai pelanggan kami ke sana," ujarnya.



Selain Malaysia, beliau menambah negara jiran seperti Thailand dan Indonesia juga menyaksikan pertanyaan paling banyak dalam kalangan senarai pelanggan mereka.



Meski ramai yang kini lebih gemar melancong tanpa menggunakan khidmat ejen pelancongan, Pengarah Shahidah Travel, Encik Ayoob Angullia, berkata masih terdapat pelanggan tetapnya yang ingin melancong tetapi memerlukan khidmat syarikatnya merancang aturan perjalanan mereka.



"Terdapat permintaan dalam kalangan pelanggan tetap kami yang ingin mendapatkan bantuan tempahan bagi khidmat tertentu khususnya ke destinasi khas yang ingin mereka kunjungi," katanya.



Dalam pada itu, Pengurus Besar Halijah Travel, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata, pihaknya turut menerima banyak pertanyaan bagi destinasi seperti Timur Tengah dan Turkey, serta ke Australia, sebahagian besarnya untuk bertemu sanak-saudara di sana.



Namun permintaan paling kukuh, menurutnya, adalah bagi pakej umrah dengan pihaknya mempunyai keberangkatan yang sudah pun dijadualkan, bermula bulan September, selepas musim haji, sehinggalah ke akhir tahun.



"Permintaan bagi pakej umrah sekarang melonjak selepas ia tergendala sekitar dua tahun lalu akibat pandemik.



"Lagi pula, ramai yang kini lebih peka tentang keperluan yang dikenakan Arab Saudi terhadap jemaah yang menunaikan umrah di sana.



"Lebih banyak kelonggaran pada langkah-langkah pengurusan selamat termasuk sekatan yang dilonggarkan bagi perjalanan masuk ke Saudi dan kembali ke Singapura, juga secara tidak langsung menarik masyarakat Muslim untuk menunaikan umrah," ujarnya.



Turut akur ialah Cik Hanim Hashim, pemilik Sha Travel and Tour, yang berkata bahawa pihaknya telahpun menerima tempahan bagi umrah sehingga Disember.



Namun, kos perjalanan menurutnya telah meningkat dengan anggaran sebanyak 10 peratus.



"Kami gembira dengan pembukaan sempadan sekarang yang membolehkan ramai keluar melancong. Tetapi kami tetap akan mengambil sikap berhati-hati tentang ketidaktentuan perjalanan masa depan, kerana khuatir akan berlakunya sebarang sekatan pergerakan di negara yang dikunjungi pelanggan kami," ujarnya. - Laporan tambahan ARNIE YAZREENA YAZID




"Kami gembira dengan pembukaan sempadan sekarang yang membolehkan ramai keluar melancong. Tetapi kami tetap akan mengambil sikap berhati-hati tentang ketidaktentuan perjalanan masa depan, kerana khuatir akan berlakunya sebarang sekatan pergerakan di negara yang dikunjungi pelanggan kami."
- Cik Hanim Hashim, pemilik Sha Travel and Tour.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >