Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES ZAKIR HOSSAIN

Permit kerja tidak diperbaharui: Pekerja buat kenyataan mengelirukan, palsu

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



PERMIT kerja pekerja warga Bangladesh dan aktivis pekerja migran, Encik Zakir Hossain tidak diperbaharui selepas beberapa faktor diambil kira, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Dalam kenyataannya semalam, MOM berkata pas kerja Encik Zakir ditentukan oleh Pengawal Pas Kerja sebagai tidak layak untuk diperbaharui.



Encik Zakir yang sudah bekerja di sini selama 19 tahun dalam industri pembinaan, telah menulis surat terbuka dalam satu catatan Facebook semalam, yang antara lain menyuarakan rasa terkejut yang permit kerja tidak diperbaharui itu.



Menjawab pertanyaan media mengenai hal ini, MOM berkata:



"MOM mengambil kira pelbagai faktor untuk menilai kesesuaian pemohon untuk bekerja di Singapura dan untuk pas kerja diperbaharui. Bukan penduduk tempatan tidak mempunyai hak automatik untuk bekerja di Singapura.



"Pas kerja Encik Zakir telah ditentukan oleh Pengawal Pas Kerja sebagai tidak layak untuk diperbaharui."



Menurut MOM, pekerja itu memohon agar permohonannya ditimbang semula sementara majikannya tidak membuat rayuan. Namun, MOM memaklumkan Encik Zakir yang rayuannya tidak berjaya setelah ditimbangkan.



"Berdasarkan cerita Encik Zakir sendiri, Singapura telah membolehkan beliau bekerja di sini bagi masa yang lama, 19 tahun.



"Sepanjang masanya di Singapura, beliau banyak menulis mengenai pekerja migran di sini. Kami telah memperbaharui pas kerjanya banyak kali meskipun dengan aktivisme dan penulisannya.



"Namun, kami meletakkan batasan apabila pos awamnya mengelirukan, palsu atau sengaja provokatif."



Kementerian itu menukil contoh pos Facebook Encik Zakir pada Oktober lalu di tengah-tengah kegelisahan di dormitori Westlite Jalan Tukang hingga menyebabkan polis rusuhan ke tempat kejadian.



Polis telah memberi respons kepada panggilan untuk bantuan di dormitori itu setelah satu pertelingkahan antara pekerja dan pengurusan mengenai mutu makanan yang teruk dan penangguhan membawa pekerja dijangkiti Covid-19 ke kemudahan jagaan.



Sementara pegawai Kawalan Operasi Khas ditugaskan, tetapi unit polis tambahan tidak dikerahkan dan tiada penangkapan dibuat semasa insiden itu.



Encik Zakir juga menyifatkan pekerja migran di sini sebagai "hamba kerja" dan dormitori "kem kerja" dan mendakwa askar dan kenderaan berperisai telah mengelilingi dormitori.



"Ini adalah gambaran yang palsu. Tiada askar, apa lagi kenderaan berperisai,"jelas MOM.



Tambah MOM, kenyataan Encik Zakir boleh mengapi-apikan pekerja migran di dormitori dan tempat lain dan mungkin menyebabkan kekacauan awam.



Encik Zakir, bekas wartawan bebas dan pemuisi, telah pulang ke tanahairnya pada 15 Jun. Semasa di sini, beliau mengasaskan kumpulan kesusasteraan, Penulis Migran Singapura dan projek berkongsi buku, "One Bag, One Book", untuk pekerja migran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >