Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan Biodiversiti baru untuk kanak-kanak dibuka pada 12 Jan 2024 di bangunan NLB

Nov 24, 2023 | 02:48 PM



Perpustakaan Awam Central yang terletak di bangunan Perpustakaan Negara di Victoria Street, akan dibuka semula pada 12 Januari 2024 dengan ruang baru untuk kanak-kanak.

Perpustakaan itu akan menempatkan ruang pembelajaran bertemakan biodiversiti marin, yang pertama untuk kanak-kanak di perpustakaan awam di Singapura, menurut satu kenyataan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Resorts World Sentosa (RWS) pada 22 November.

Diberi nama ‘Perpustakaan Biodiversiti Kanak-kanak oleh Akuarium S.E.A.’, kerjasama antara NLB dan RWS itu akan menawarkan pelbagai inisiatif, termasuk program bulanan, untuk ibu bapa dan anak-anak.

RWS, yang mengurus Akuarium S.E.A., juga komited mengerah kakitangan sukarelawan untuk membantu menjalankan program pendidikan di ruang itu.

Resort bersepadu itu memberikan $1 juta dalam pembiayaan melalui cabang pembangunan komunitinya, RWS Cares, untuk menyokong penyediaan ruang dan program berkaitan.

Para pengunjung boleh meneroka Zon Interaktif di mana mereka akan dibawa ke satu perjalanan yang menarik tentang penemuan biodiversiti marin di Perpustakaan Biodiversiti Kanak-Kanak oleh Akuarium S.E.A.

Ini termasuk Zon Lautan Terbuka di mana kanak-kanak dapat mendekati spesimen termasuk rahang jerung, rangka kerang, dan tiang yang dipenuhi batu karang. Terdapat juga infografik untuk membantu ibu bapa dan anak-anak mereka memahami fungsi karang dalam biodiversiti marin.

Program Pendidikan juga akan dijalankan setiap bulan tentang biologi marin dan pemuliharaan yang akan dipimpin oleh sukarelawan terlatih di ruang khusus yang telah direka bentuk menyerupai kapal selam di perpustakaan itu.

Ini termasuk sesi bertemu dengan penyelam dan pengurus akuarium, sesi bercerita, bengkel kitar semula dan banyak lagi.

Program-program tersebut dibangunkan oleh pasukan NLB dan Akuarium S.E.A.

Pembaharuan Perpustakaan Awam Pusat adalah selaras dengan inisiatif LAB25 (Perpustakaan dan Arkib NLB).

Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata: “Satu komponen utama visi LAB25 ialah kami melibatkan kerjasama dengan rakan kongsi untuk membangunkan program dan sumber yang dipilih susun untuk membantu pengguna muda kami yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kemampanan dan biodiversiti.

“Yang penting, kami berharap ia memberi inspirasi kepada mereka untuk menghargai biodiversiti kita dan mengambil tindakan untuk melindunginya.”

Ketua Pegawai Eksekutif RWS, Encik Tan Hee Teck, berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan NLB untuk memperkenalkan pameran pertama bertemakan biodiversiti marin dalam perpustakaan awam di Singapura.

“Perkongsian strategik ini di bawah cabang pembangunan komuniti kami, RWS Cares, menunjukkan komitmen kami ke arah mewujudkan impak positif melalui pendidikan. Sebagaimana kita menyelami kerjasama ini, kami teruja untuk memperkenalkan minda muda kepada dunia biodiversiti dan pemuliharaan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >