Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan CCK lanjut waktu operasi, ciri lebih menghijau

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNA Perpustakaan Awam Choa Chu Kang kini boleh membaca dan menggunakan kemudahan seperti komputer di luar masa operasi di ruang dipanggil, Zon Membaca dan Zon Belajar dan Multimedia.



Program perintis itu membolehkan pencinta perpustakaan mengaksesnya dua jam sebelum ia dibuka mulai 9 pagi dan sejam setelah perpustakaan ditutup pada 10 malam.



Buat pertama kali juga, pengguna perpustakaan di pusat beli-belah Lot 1 itu boleh menikmati pemandangan taman tertutup di perpustakaan awam.



Terletak di tingkat lima perpustakaan itu, taman tertutup itu mencerminkan warisan perladangan dan budaya berkebun masyarakat di Choa Chu Kang.



Ia antara ciri menarik perpustakaan itu yang akan dibuka semula pada 28 Oktober dengan tema '(Re)Connect with Nature' yang memberi tumpuan kepada kemampanan alam sekitar.



Setelah tiga tahun ditutup bagi kerja pembaikan, perpustakaan itu dibuka semula dengan ruang lebih besar, seluas 3,000 meter persegi berbanding 2,320 meter persegi sebelum ini.



Ketua Perancangan dan Pengembangan Koleksi (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen, berkata:



"Dengan ruang yang lebih besar dan konsep baru, ia dapat mendekatkan lagi pengguna dan masyarakat di Choa Chu Kang.



"Kami telah mempertimbangkan permohonan dan maklum balas pengguna untuk kawasan yang lebih luas dan juga untuk melanjutkan waktu operasi perpustakaan."



"Dengan tema yang menumpukan kepada kemampanan, ini juga sangat menarik untuk masyarakat kerana ia dapat meningkatkan kepekaan salah satu topik terkini dan pada masa yang sama dapat menerapkan unsur-unsur kehijauan," jelas Cik Zubaidah.



Beliau menambah perpustakaan itu akan mengembangkan program untuk masyarakat Melayu seperti bengkel hijau dan kelab pencinta novel.



Selain menyokong tema kemampanan, ia juga perpustakaan pertama melancarkan wadah paparan hidroponik, sebahagian daripada pameran Dusun Hijau, yang mendidik orang awam tentang alam semula jadi dan teknologi.



Ruang itu juga dilengkapi dengan Jejak Pembelajaran Realiti Terimbuh (AR), yang membolehkan pengunjung menikmati kisah sejarah dan alam semula jadi secara digital.



Antara tarikan lain ialah Dinding Masyarakat yang akan memaparkan sejarah dan kisah masyarakat.



Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata: "Perpustakaan memiliki peranan besar untuk dimainkan, dan bersama LAB25 (Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025), kami mengembangkannya bagi memenuhi perubahan keperluan pengguna kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >