Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan Awam Central dibuka Jan 2024; pelbagai aktiviti mulai Sep

Sep 06, 2023 | 06:37 PM



Dari September 2023 hingga Januari 2024, pengunjung ke Bangunan Perpustakaan Negara di Victoria Street boleh menjangka suasana serba baru, termasuk kedai makanan dan bahan bacaan baru.

Bahkan, akan juga diadakan tayangan filem bulanan daripada koleksi filem seni persembahan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Open Stage Originals, di mana penyanyi, penulis lagu, pemuzik, pembuat filem, penulis drama dan koreografer tempatan berpeluang mempamerkan dan mempromosikan karya asli mereka.

Kegiatan lain termasuk kuliah apresiasi jazz, bacaan, dan bengkel seni persembahan.

“Kami menjemput pengunjung menjadikan Bangunan Perpustakaan Negara sebagai destinasi untuk menemui cara baru membaca dan belajar, dengan banyak program dan perkhidmatan menarik akan datang, mulai bulan ini.

“Kami juga menyediakan lebih banyak ruang dalam bangunan untuk pelanggan berhubung dan bekerjasama sambil minum kopi dan perbualan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, dalam satu kenyataan NLB pada Rabu.

Perpustakaan Awam Central, yang ditutup pada Jun 2022 untuk kerja pengubahsuaian, dijadualkan dibuka semula pada Januari 2024, dan akan menampilkan bahagian dewasa dan kanak-kanak yang dinaik taraf, serta ruang program baru untuk dinikmati pengunjung dari semua peringkat umur.

Menurut NLB, Perpustakaan Seni Central juga akan mula menawarkan beberapa koleksi seni persembahan popular, dan program yang ditawarkan sebelum ini di library@esplanade, yang ditutup pada Jun 2023.


Pengunjung boleh mengakses koleksi itu melalui katalog dalam talian NLB dan menyertai program di pelbagai ruang dalam Bangunan Perpustakaan Negara.

NLB berkata pengunjung Bangunan Perpustakaan Negara boleh menantikan lebih banyak pilihan F&B mulai bulan ini.

Sebagai tambahan kepada sebuah kafe yang kini terletak di aras tiga bangunan itu, dua lagi kedai F&B akan diadakan dalam beberapa bulan medatang, termasuk satu yang disahkan halal.

Mulai 15 September, koleksi DVD dan Blu-Ray daripada library@esplanade juga akan disediakan untuk tempahan. Pelanggan boleh menempah barangan melalui katalog dalam talian NLB, hingga 16 barang sekali gus, dengan tempoh pinjaman 21 hari.


Tempahan bahan koleksi boleh dibuat melalui akaun myLibrary NLB dengan menggunakan katalog dalam talian, aplikasi Mudah Alih NLB atau stesen katalog pada bayaran $1.57 (termasuk GST) setiap item. Pengunjung boleh memilih lokasi pengambilan semasa membuat tempahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >