Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Ain rancang perluas khidmat jagaan, sokongan bagi pesakit barah

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Ain merancang memperluas perkhidmatan yang ditawarkannya untuk turut menyediakan khidmat jagaan dan sokongan bagi pesakit barah remaja dan dewasa muda.



Mengumumkan demikian semalam, Presiden Persatuan Ain, Encik Mohamad Fadzrun Adnan, berkata khidmat itu dirancang ditawarkan di Pusat Wira Muda (Young Heroes Centre) persatuan itu di Eunos.



"Buat masa ini, kami perlu menggunakan ruang terhad yang ada di Eunos, tetapi kami harap akan mendapat tempat lain pada masa akan datang, khusus bagi golongan remaja ini yang bukan dalam radar kami kerana kami membantu pesakit barah kanak-kanak dan dewasa sahaja buat masa ini," ujarnya,



Encik Fadzrun berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam amal di Hotel Concorde di Orchard semalam.



Persatuan Ain telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak $220,000 semasa jamuan malam itu.



Menurut kenyataannya, jumlah itu sekitar $20,000 lebih tinggi berbanding matlamat awalnya untuk mengumpulkan sebanyak $200,000.



Majlis jamuan malam itu turut dihadiri Presiden Halimah Yacob, yang juga merupakan penaung Persatuan Ain, selaku tetamu terhormat.



Puan Halimah turut menyampaikan plak dan surat penghargaan kepada beberapa individu dan badan korporat bagi sokongan mereka kepada Persatuan Ain selama ini semasa majlis itu.



Menurut Persatuan Ain, mereka telah membina rangkaian sokongan psiko-sosial yang kukuh bagi penjaga pesakit barah ini.



"Individu ini telah banyak berkorban menjadi kekuatan bagi anggota keluarga mereka yang sedang berusaha mengatasi penyakit itu.



"Oleh itu, untuk menyokong dan terus menjalankan program dan khidmat bagi penjaga ini, Persatuan Ain gembira dapat menganjurkan Jamuan Malam Amal 2022 ini, di mana sejumlah dana yang dikumpul di acara ini akan disalurkan untuk mempertingkat sokongan bagi penjaga," menurut badan amal yang menyokong dan memperkasa pesakit barah serta keluarga mereka itu.



Tambahnya, di Persatuan Ain, penjaga diberi sokongan di setiap tahap diagnosis anggota keluarga mereka.



Misalnya saat mereka baru mendapat tahu bahawa orang yang mereka cintai menghidap barah, persatuan itu akan membimbing dan menyokong mereka sedang mereka menghadapi cabaran baru itu.



Persatuan itu juga mewujudkan sekitaran yang selamat untuk berkongsi pengalaman dengan satu sama lain bagi mereka yang sedang menjaga anggota keluarga yang sudah lama menghidap barah.



Dan bagi mereka yang kehilangan orang tersayang akibat barah pula, Persatuan Ain terus menyokong mereka sedang mereka berduka dan membantu mereka bangkit semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >